ARTIKEL

SEDIA: Peserta Larian Ria Madani HSN 2026 Mukah merakam kenangan sebelum acara bermula.

Budayakan sukan demi Visi 2030

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUKAH: Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Bahagian Mukah menjadi platform menggalakkan masyarakat menjadikan aktiviti sukan dan rekreasi sebagai sebahagian daripada gaya hidup sihat.

Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Mukah, Bonnie Manau Michael Amerikan berkata, usaha membudayakan sukan dalam kalangan rakyat Malaysia sangat penting.

RASMI: Amirul (keenam dari kanan) menyempurnakan gimik perasmian Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Bahagian Mukah, hari ini.

Menurutnya, usaha itu penting untuk merealisasikan Visi Sukan Negara 2030 yang menyasarkan Malaysia menjadi sebuah negara sukan menjelang tahun berkenaan.

“Hari Sukan Negara ialah antara inisiatif Kementerian Belia dan Sukan untuk menggalakkan penyertaan masyarakat dalam aktiviti sukan secara meluas.

“Penganjuran program ini juga memberi peluang kepada masyarakat untuk menjadikan aktiviti fizikal dan rekreasi sebagai sebahagian daripada rutin harian,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Bahagian Mukah yang disempurnakan oleh wakil Residen Mukah, Mohd Amirul Valentine Laiseh, di Dataran Pehin Setia Raja, di sini, hari ini.

TAHNIAH: Amirul (kanan) dan Bonnie (kiri) menyampaikan hadiah kepada juara Larian Ria Madani HSN 2026 Mukah kategori wanita terbuka.

Sehubungan itu, katanya, Hari Sukan Negara perlu terus dimanfaatkan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan aktiviti fizikal, selain menggalakkan penyertaan dalam sukan tanpa mengira peringkat umur dan keupayaan.

Jelasnya, sambutan ini turut merangkumi elemen keterangkuman melalui aktiviti yang bersesuaian untuk golongan orang kurang upaya (OKU), murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI), kanak-kanak dan warga emas.

“Pendekatan ini mencerminkan usaha memperluas akses kepada aktiviti sukan dan rekreasi supaya dapat dinikmati oleh masyarakat daripada pelbagai latar belakang serta keupayaan.

“Saya berharap usaha membudayakan sukan dapat diteruskan bagi melahirkan masyarakat yang lebih aktif dan sihat, selaras dengan aspirasi menjadikan Malaysia sebuah negara sukan menjelang 2030,” tambahnya.

Terdahulu, turut diadakan Larian Ria Madani Hari Sukan Negara Mukah 2026 dan senamrobik.

RAKAM KENANGAN: Amirul merakam kenangan bersama hadirin lain selepas sambutan itu.

Dalam kategori terbuka lelaki, Fazrul Heri muncul juara, manakala Michael Owen meraih naib juara dan Arsyad Miqael menduduki tempat ketiga.

Kategori terbuka wanita menyaksikan Esmerelda Elisa muncul juara, diikuti Siti Aisyah Nayum sebagai naib juara dan Grace Kupun di tempat ketiga.

Bagi kategori lelaki senior, Awang Kalong merangkul gelaran juara, manakala Lau Pan dan Kushairi Julaihi masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga.

Sementara itu, Nor Zehan Mahros mengungguli kategori wanita senior, dengan Julita Amis di tempat kedua dan Norasiah Abd Razak melengkapkan kedudukan tiga terbaik.

BERITA LAIN

Kuching City buru kemenangan kelima di Brunei

KUCHING: Kuching City FC memburu kemenangan kelima berturut-turut dalam saingan Liga Super 2026-2027 apabila bertandang ke Brunei menentang DPMM FC di Stadium Negara Hassanal Bolkiah,

BERITA TERBARU