ARTIKEL

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, ACP Azli Mohd Noor

Pesara wanita rugi RM42,580 ditipu skim gandaan wang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA TERENGGANU: Seorang pesara kerajaan wanita rugi RM42,580 selepas diperdaya sindiket skim gandaan wang dalam talian yang tidak wujud.

Menurut Bernama, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, ACP Azli Mohd Noor, menyatakan mangsa berusia 71 tahun itu terlihat iklan skim menggandakan wang di Facebook pada 7 Okt lepas.

Mangsa yang berminat kemudian menghubungi suspek yang dikenali sebagai Ustaz Hilmi Firdausi melalui aplikasi WhatsApp.

Menurut Azli dalam kenyataan hari ini, mangsa membuat lima kali bayaran menggunakan wang simpanan dengan dijanjikan pulangan sebanyak RM300,000, tetapi suspek kemudian meminta tambahan RM50,000 untuk mendapatkan keuntungan.

Mangsa yang mula curiga enggan menurut permintaan itu lalu membuat laporan polis pada 11.06 malam Khamis lepas, manakala kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU