ARTIKEL

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 190 warga asing dan dua lelaki tempatan dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Pudu awal pagi tadi susulan aduan orang ramai tentang gangguan ketenteraman awam.

190 warga asing ditahan dalam serbuan pusat hiburan di Pudu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 190 warga asing dan dua lelaki tempatan dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Pudu awal pagi tadi susulan aduan orang ramai tentang gangguan ketenteraman awam.

Menurut Bernama, Pengarah Bahagian Penguatkuasaan JIM, Datuk Basri Othman, menjelaskan bahawa warga asing terbabit terdiri daripada 99 lelaki dan 91 wanita berumur antara 20 hingga 41 tahun.

Daripada jumlah itu, 188 orang ialah warga Indonesia, manakala seorang warga Bangladesh dan seorang lagi warga India.

Kedua-dua lelaki tempatan yang ditahan dipercayai majikan serta penjaga premis yang terletak kira-kira 10 meter dari sebuah masjid, dan beberapa bilik di situ digunakan untuk berhibur dengan antara 50 hingga 60 orang dalam setiap bilik ketika serbuan seperti dilapor Bernama.

Kesemua yang ditahan dibawa ke depot tahanan untuk dokumentasi dan siasatan mengikut Seksyen 6(1)(c) serta Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63, manakala Basri tidak menolak kemungkinan wujud aktiviti tidak bermoral di premis itu selepas serbuk putih yang dipercayai dadah dan kondom ditemui.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU