ARTIKEL

RAKAM KENANGAN....Abang Johari merakam kenangan bersama-sama delegasi Kementerian Digital Malaysia dalam kunjungan hormat tersebut, hari ini. (FOTO: UKAS)

Sarawak jadi tuan rumah acara digital global pertama di Malaysia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sarawak akan menjadi tuan rumah acara digital global pertama di Malaysia apabila Kementerian Digital dan Kerajaan Sarawak bersetuju menganjurkan Borneo Animation & Games Festival (BAGF) pada Ogos 2026.

RAKAM KENANGAN….Abang Johari merakam kenangan bersama-sama delegasi Kementerian Digital Malaysia dalam kunjungan hormat tersebut, hari ini. (FOTO: UKAS)

Menteri Digital Malaysia Gobind Singh berkata, Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Abang Openg memberikan persetujuan untuk menubuhkan sebuah jawatankuasa bersama.

Menurutnya, ia melibatkan Kerajaan Sarawak dan Kementerian Digital melalui Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) bagi memuktamadkan persediaan acara tersebut.

“Kita ingin membawa sebuah acara global ke Sarawak pada Ogos 2026,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas melakukan kunjungan hormat terhadap Premier Sarawak, di sini, hari ini.

Menyentuh BAGF 2026, ia akan menjadi acara bertaraf antarabangsa dan sebahagian daripada usaha menjadikan Sarawak sebagai ‘Heart of Southeast Asia’s Digital Creative Industry’.

Festival lima hari itu menyasarkan penyertaan seramai 300 delegasi industri dengan 40 peratus daripadanya wakil antarabangsa, melibatkan lebih 200 pempamer dari dalam dan luar negara.

Ia turut menarik pelibatan gergasi industri global seperti Disney, DreamWorks, Netflix, Sony Pictures Animation, Konami dan Nintendo.

Sehubungan itu, Gobind Singh turut menyatakan bahawa BAGF 2026 akan menjadi pemangkin kepada agenda nasional.

Pada masa yang sama, penganjuran BAGF 2026 akan meletakkan Sarawak sebagai hab baharu industri animasi, permainan digital dan teknologi kreatif Asia Tenggara.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU