ARTIKEL

Sarawak jadi tuan rumah persidangan para speaker Parlimen, DUN Sarawak KUCHING: Sarawak akan menjadi tuan rumah Persidangan Speaker-Speaker Parlimen dan Speaker-Speaker Dewan Undangan Negeri Se-Malaysia 2024, setelah 28 tahun sejak kali terakhir diadakan di negeri ini. Menurut Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, persidangan tersebut akan berlangsung pada 12 dan 13 September ini bertempat di Hotel Pullman Kuching. Katanya seramai 42 orang delegasi yang terdiri daripada Speaker dan Timbalan Speaker Dewan Negara, Dewan Rakyat serta Dewan Undangan Negeri seluruh Malaysia dan Setiausaha Dewan masing-masing akan berhimpun dan bersidang. “Persidangan ini bagi memperkasakan peranan institusi Speaker, peranan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri sebagai platform yang mewakili suara rakyat, selain menjadi forum perkongsian ilmu dan pengalaman antara para Speaker Parlimen dan Dewan Undangan Negeri Se-Malaysia. “Malah, kedudukan speaker perlu diperkukuhkan, bagi mengelakkan cabaran terhadap kedudukan mereka sama ada di dalam atau di luar dewan, yang boleh melemahkan demokrasi berparlimen. Oleh itu, tema persidangan kali ini adalah ‘Memperkasakan Institusi Speaker’,” katanya dalam sidang media berkenaan persidangan tersebut di Bilik Media Bangunan DUN Sarawak, hari ini. Jelas Asfia, terdapat tiga pembentangan kertas kerja masing-masing dari Dewan Negara, Dewan Rakyat dan DUN Sarawak manakala terdapat Penggulungan Rumusan Persidangan Syarahan bertajuk ‘Bicara Ketatanegaraan Membangunkan Masa Depan’. “Tiga kertas kerja akan dibentangkan, pertamanya ‘Adakah Dewan Negara institusi kuasa speaker, satu konkrit, satu coretan’ dibentang oleh Senator Datuk Abang Bemee Ali Basah, Yang di-Pertua Dewan Negara. “Manakala daripada Dewan Rakyat, kertas kerja bertajuk ‘Memperkukuhkan Demokrasi Berparlimen Melalui Penglibatan Awam Yang Progresif’ dibentang oleh Yang di-Pertua Dewan Rakyat Tan Sri Datuk Dr Johari Abdul. “Seterusnya dari DUN Sarawak, ‘Pindaan kepada Perintah Tetap’ dibentangkan oleh saya sendiri…bagaimanapun, ia (ketiga-tiga kertas kerja) tertakluk kepada apa-apa perubahan pada saat akhir ekoran keadaan yang berubah dengan begitu cepat,” ujarnya. Beliau mendedahkan bahawa majlis perasmian persidangan itu bakal disempurnakan oleh Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada 13 September ini bertempat di Dewan Santapan, Bangunan DUN Sarawak. Selain itu katanya, delegasi berkenaan turut mengunjungi Muzium Budaya Borneo (BCM) pada 13 September dan menghadiri (delegasi) santapan makan malam bersama Yang di-Pertua Negeri pada sebelah malamnya. Dalam pada itu, Asfia turut memaklumkan bahawa terdapat program asingan bagi pasangan delegasi sepanjang berlangsungnya persidangan itu di Sarawak.

Sarawak jadi tuan rumah persidangan para speaker Parlimen, DUN Se-Malaysia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sarawak akan menjadi tuan rumah Persidangan Speaker-Speaker Parlimen dan Speaker-Speaker Dewan Undangan Negeri Se-Malaysia 2024, setelah 28 tahun sejak kali terakhir diadakan di negeri ini.

Menurut Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, persidangan tersebut akan berlangsung pada 12 dan 13 September ini bertempat di Hotel Pullman Kuching.

Katanya seramai 42 orang delegasi yang terdiri daripada Speaker dan Timbalan Speaker Dewan Negara, Dewan Rakyat serta Dewan Undangan Negeri seluruh Malaysia dan Setiausaha Dewan masing-masing akan berhimpun dan bersidang.

“Persidangan ini bagi memperkasakan peranan institusi Speaker, peranan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri sebagai platform yang mewakili suara rakyat, selain menjadi forum perkongsian ilmu dan pengalaman antara para Speaker Parlimen dan Dewan Undangan Negeri Se-Malaysia.

“Malah, kedudukan speaker perlu diperkukuhkan, bagi mengelakkan cabaran terhadap kedudukan mereka sama ada di dalam atau di luar dewan, yang boleh melemahkan demokrasi berparlimen. Oleh itu, tema persidangan kali ini adalah ‘Memperkasakan Institusi Speaker’,” katanya dalam sidang media berkenaan persidangan tersebut di Bilik Media Bangunan DUN Sarawak, hari ini.

Jelas Asfia, terdapat tiga pembentangan kertas kerja masing-masing dari Dewan Negara, Dewan Rakyat dan DUN Sarawak manakala terdapat Penggulungan Rumusan Persidangan Syarahan bertajuk ‘Bicara Ketatanegaraan Membangunkan Masa Depan’.

“Tiga kertas kerja akan dibentangkan, pertamanya ‘Adakah Dewan Negara institusi kuasa speaker, satu konkrit, satu coretan’ dibentang oleh Senator Datuk Abang Bemee Ali Basah, Yang di-Pertua Dewan Negara.

“Manakala daripada Dewan Rakyat, kertas kerja bertajuk ‘Memperkukuhkan Demokrasi Berparlimen Melalui Penglibatan Awam Yang Progresif’ dibentang oleh Yang di-Pertua Dewan Rakyat Tan Sri Datuk Dr Johari Abdul.

“Seterusnya dari DUN Sarawak, ‘Pindaan kepada Perintah Tetap’ dibentangkan oleh saya sendiri…bagaimanapun, ia (ketiga-tiga kertas kerja) tertakluk kepada apa-apa perubahan pada saat akhir ekoran keadaan yang berubah dengan begitu cepat,” ujarnya.

Beliau mendedahkan bahawa majlis perasmian persidangan itu bakal disempurnakan oleh Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada 13 September ini bertempat di Dewan Santapan, Bangunan DUN Sarawak.

Selain itu katanya, delegasi berkenaan turut mengunjungi Muzium Budaya Borneo (BCM) pada 13 September dan menghadiri (delegasi) santapan makan malam bersama Yang di-Pertua Negeri pada sebelah malamnya.

Dalam pada itu, Asfia turut memaklumkan bahawa terdapat program asingan bagi pasangan delegasi sepanjang berlangsungnya persidangan itu di Sarawak.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU