Tuan rumah, Sarawak muncul juara SUKMA XXI dengan meraih 76 pingat emas, setelah menerima saingan hebat pencabar utama kontinjen Wilayah Persekutuan yang memungut 75 pingat emas.
Kedua-dua kontinjen bertarung sengit sepanjang semalam dan hari ini, namun kedudukan Sarawak tidak tergugat, sejak menguasai carta pungutan pingat pada hari ketiga saingan.
Ia merupakan kejuaraan keempat Sarawak dalam temasya berprestij negara. Sebelum ini, Sarawak juara pada 1990, 1992 dan 1994.
Menjuarai SUKMA kali terakhir 1994, kini penantian 30 tahun kontinjen Bumi Kenyalang tertunai.

