ARTIKEL

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah menyampaikan ucapan penggulungan Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN)

Sarawak Lulus RM22.45 Juta Sokong 137 Acara, Program Dari Januari Hingga April

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

IQHWAN HAMDAN
(PELATIH UITM)

KUCHING: Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan meluluskan RM22.45 juta bagi menyokong 137 acara dan program dari Januari hingga April tahun ini.

Menterinya Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, ia termasuk RM21.1 juta yang diluluskan untuk menyokong 109 acara dan pesta melalui Geran Sokongan Acara dan Pesta.

Selain itu, beliau berkata RM1.35 juta diluluskan di bawah Dana Mudahcara Warisan dan Kesenian Sarawak bagi menyokong 28 program berkaitan seni, budaya dan warisan yang dianjurkan oleh persatuan, NGO, sekolah, institusi pengajian tinggi serta individu.

Manakala bagi memperkuku pembangunan pelancongan, seni, budaya dan warisan, Karim berkata kementeriannya meluluskan RM290,000 untuk menyokong cadangan penyelidikan di bawah Geran Sokongan Kajian dan Penyelidikan Pelancongan, Warisan dan Kesenian Sarawak bagi mengenal pasti bidang pertumbuhan baharu serta memastikan strategi pelancongan disokong oleh penyelidikan berasaskan data yang memberi impak.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU