ARTIKEL

Pix: Abang Johari (lima kiri) merasmikan Majlis Makan Malam Tahunan Institut Jurutera Malaysia (IEM) Sarawak 2024 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) malam tadi | Foto: UKAS

Sarawak mahu miliki pelabuhan laut dalam pintar bertaraf dunia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sarawak bakal membuka peluang besar kepada jurutera hidraulik untuk menyertai projek pembangunan pelabuhan laut dalam (deep sea port) di negeri ini, yang bakal menjadi pelabuhan pintar bertaraf dunia.

Premier, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pelabuhan itu adalah sebahagian daripada pelan strategik negeri untuk tempoh 2025 hingga 2030, dengan suntikan dana sebanyak RM100 bilion untuk merangsang ekonomi.

Katanya, perairan Kuching sememangnya sangat cetek, bagaimanapun kerajaan Sarawak sudah mempunyai penyelesaian untuk itu khususnya dalam membina pelabuhan laut dalam.

“Justeru, kita memerlukan banyak kerja kejuruteraan, dan Sarawak memerlukan jurutera hidraulik yang pintar serta berpengalaman dalam kejuruteraan hidraulik, terutamanya berkenaan sistem air dan pembinaan pulau,” katanya.

Abang Johari menjelaskan bahawa pelabuhan laut dalam ini akan berbeza daripada pelabuhan lain di dunia, dengan menggunakan teknologi terkini untuk menjadi pelabuhan pintar.

“Saya pasti anda semua pernah melawat Shanghai dan Rotterdam. Pelabuhan kita akan menjadi pelabuhan pintar yang setanding dengan pelabuhan utama dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Tahunan Institut Jurutera Malaysia (IEM) Sarawak 2024 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) malam tadi.

Dalam majlis itu, Abang Johari melancarkan “IEM Sarawak Climate Action Pledge”, satu komitmen rasmi oleh Jawatankuasa Utama IEM Sarawak untuk memimpin komuniti kejuruteraan Sarawak dalam memperjuangkan kelestarian dan daya tahan alam sekitar.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU