Sarawak terajui teknologi tenaga hijau ASEAN

Trending

Sarawak mahu tambah baik kerjasama di bawah Perjanjian Penyelesaian Komersial

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
Awang Tengah bersama-sama seluruh jawatankuasa dan jawatankuasa kecil PACC pada mesyuarat julung kalinya baru-baru ini.

KUCHING: Jawatankuasa Penasihat dan Penyelarasan Petroleum (PACC) peringkat Sarawak mempunyai tanggungjawab besar untuk membentuk laluan ke hadapan perjalanan minyak dan gas negeri ke arah mencapai aspirasi Strategi Pembangunan Pasca-Covid-19 (PCDS) 2030.

Perkara tersebut ditekankan oleh Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan ketika mempengerusikan mesyuarat sulung jawatankuasa tersebut, baru-baru ini.

“Jawatankuasa ini akan menjadi saluran bagi kementerian dan agensi negeri untuk menyemak, menyelaras pembangunan dasar serta peraturan mengenai hal-hal minyak dan gas.

“Selain untuk memudahkan penjajaran dalaman dan pengesahan untuk projek-projek strategik dan pertumbuhan Sarawak yang berkaitan dengan petroleum termasuk projek Pelan Hala Tuju Gas Sarawak (SGR).

“Ia juga untuk menyemak laporan kajian semula daripada jawatankuasa PACC masing-masing serta memainkan peranan sebagai penasihat kepada Premier Sarawak mengenai hala tuju yang sesuai untuk Agenda Minyak dan Gas Negeri,” katanya.

Beliau turut mengingatkan ahli jawatankuasa untuk bekerjasama serta mengetepikan sebarang perbezaan dan menyumbang ke arah perjalanan tersebut, satu peristiwa penting untuk melengkapkan semua pencapaian yang patut diraikan semasa ulang tahun ke-60 kemerdekaan Sarawak dalam Malaysia.

Baca lain  Nasib baik sempat padam

Terdahulu, mesyuarat tersebut juga membincangkan penambahbaikan rangka kerja kerjasama sedia ada di bawah Perjanjian Penyelesaian Komersial (CSA) antara Kerajaan Sarawak dan Petronas yang boleh meningkatkan sinergi kumpulan kerja yang terdiri daripada kementerian, agensi dan Petronas.

Ia membolehkan rundingan yang lebih berkesan berkaitan dasar, perkara dan aktiviti ke arah penyertaan selanjutnya Petroleum Sarawak Berhad (Petros) dalam aktiviti huluan, keselamatan bekalan gas domestik untuk industri serta kuasa, perniagaan dan peluang pelaburan untuk syarikat Sarawak dalam operasi global dan domestik Petronas.

PACC telah ditubuhkan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, pada Januari 2023 untuk memudahkan pembangunan industri minyak dan gas di negeri ini.

PACC terdiri daripada 11 anggota kanan yang mewakili kementerian negeri, agensi utama kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC)yang mempunyai bidang kuasa dan kepakaran dalam hal ehwal minyak dan gas Sarawak.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

8 Jun 2023

Berita Terbaru