ARTIKEL

Abdul Aziz merakamkan gambar kenangan pada Majlis Penyampaian sijil graduasi kepada pelatih Program Bakat Muda (YTP).

Sarawak Metro lahirkan 57 bakat muda menerusi YTP

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sarawak Metro Sdn Bhd melahirkan 57 bakat muda tempatan menerusi Program Bakat Muda (YTP) sejak diperkenalkan pada 2021, dengan 17 pelatih kumpulan terakhir diraikan dalam majlis graduasi baru-baru ini.

Pengerusinya, Tan Sri Datuk Amar Dr Abdul Aziz Husain berkata, pembangunan infrastruktur perlu dilaksanakan seiring pembangunan modal insan bagi memastikan kejayaan projek Sistem Pengangkutan Bandar Kuching (KUTS) serta kelangsungan operasi pada masa hadapan.

“Melihat kumpulan terakhir pelatih YTP menamatkan program ini bermakna kita menyaksikan satu visi diterjemahkan menjadi kenyataan,” katanya ketika berucap pada majlis graduasi kumpulan terakhir pelatih YTP di sini, baru-baru ini.

Seramai 17 pelatih menerima sijil selepas menamatkan tempoh perantisan selama dua tahun, dengan Mohamad A’riffin Mohamad Ali Rahman menerima Anugerah Pelatih Terbaik, manakala Nik Ashraf Nik Mohamad Ariff dinobatkan sebagai Mentor Terbaik.

Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Metro, Mazli Mustaffa berkata, kejayaan sistem pengangkutan awam bukan hanya bergantung kepada teknologi, peralatan dan infrastruktur fizikal, sebaliknya turut memerlukan pembangunan modal insan.

YTP diperkenalkan pada 2021 di bawah Program Pembangunan dan Peningkatan Sosioekonomi (SEED) Sarawak Metro bagi membangunkan bakat muda tempatan serta menyediakan tenaga kerja untuk menyokong pembangunan projek KUTS.

Sepanjang lima tahun pelaksanaannya, program itu melibatkan empat kumpulan dan berjaya melahirkan 57 pelatih.

Menerusi program berkenaan, peserta diberikan pendedahan industri secara langsung melalui latihan di tempat kerja, penglibatan dalam aktiviti projek, perbincangan teknikal, lawatan tapak, program bersama industri serta penempatan bersama rakan kerjasama antarabangsa.

BERITA LAIN

Wanita rentung dalam kebakaran

KUCHING: Seorang wanita berusia 35 tahun ditemukan rentung selepas dipercayai terperangkap dalam kebakaran sebuah rumah di Jalan Taman Kim Pang di sini, petang tadi. Jurucakap

BERITA TERBARU

Wanita rentung dalam kebakaran

KUCHING: Seorang wanita berusia 35 tahun ditemukan rentung selepas dipercayai terperangkap dalam kebakaran sebuah rumah di Jalan Taman Kim Pang di sini, petang tadi. Jurucakap