ARTIKEL

Mohamad Abu Bakar Marzuki meninjau pembinaan Institut Kepimpinan Perkhidmatan Awam Sarawak, semalam.

Sarawak perkasa pembangunan bakat penjawat awam

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Projek pembinaan Institut Kepimpinan Perkhidmatan Awam Sarawak (LISCS) di Santubong yang dijangka siap pada Jun tahun ini, bakal memperkukuh usaha kerajaan negeri dalam memacu agenda pembangunan serta meningkatkan mutu perkhidmatan penjawat awam.

Menurut Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, fasa pertama pembinaan tersebut hampir siap sepenuhnya, manakala fasa kedua yang melibatkan pemasangan perabot serta kerja-kerja reka bentuk dalaman dijadualkan siap pada penghujung Jun depan.

“Selaku Pengerusi LISCS, saya menyasarkan agar bangunan ini dapat digunakan pada Julai 2026 sebaik sahaja projek siap sepenuhnya,” katanya dalam hantaran di Facebooknya, semalam.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan kerja ke tapak projek pembinaan LISCS dan Lapangan Golf Petra Jaya, di sini, semalam.

“Setelah siap kelak, institusi berkenaan akan berfungsi sebagai kampus latihan yang kondusif bagi pembangunan bakat anggota perkhidmatan awam Sarawak.

“Ia akan dilengkapi dengan pelbagai fasiliti termasuk bilik kuliah, dewan, auditorium, kediaman peserta serta kemudahan lain yang menyokong pembelajaran dan latihan berterusan,” jelasnya.

Sementara mengenai pembinaan Lapangan Golf Petra Jaya, beliau berkata ia dijangka siap pada
Jun depan.

“Insya-Allah, projek ini dijangka siap pada bulan Jun tahun ini. Apabila siap nanti, ia akan menjadi pusat latihan bagi melahirkan dan membangunkan bakat muda golf di peringkat akar umbi dengan menyediakan fasiliti latihan yang lebih lengkap,” tegasnya.

Tambahnya, pemantauan berkala terhadap projek-projek kerajaan amat penting bagi memastikan setiap pelaksanaan dibuat secara cekap, teratur dan memberi manfaat maksimum kepada rakyat.

“Lawatan kerja ini bertujuan memastikan perancangan serta pelaksanaan projek berjalan lancar dan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

“Pemantauan seperti ini perlu diteruskan bagi memastikan semua projek pembangunan dilaksanakan dengan efisien demi kepentingan bersama,” tambahnya.

Mohamad Abu Bakar Marzuki meninjau pembinaan Institut Kepimpinan Perkhidmatan Awam Sarawak, semalam.
Mohamad Abu Bakar Marzuki meninjau pembinaan Institut Kepimpinan Perkhidmatan Awam Sarawak, semalam.

BERITA LAIN

Geran pemula bantu usahawan muda Sarawak

KUCHING: Usahawan belia di Sarawak berpeluang memohon geran sehingga RM15,000 menerusi Geran SYStartUP bagi membantu menampung kos permulaan dan pembangunan perniagaan masing-masing. Timbalan Menteri Belia,

BERITA TERBARU

Rakyat protes dasar berat sebelah

BANGKOK: Ratusan penunjuk perasaan berhimpun berhampiran Pusat Konvensyen Nasional Queen Sirikit (QSNCC) pada Khamis bagi membantah dasar Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia yang

Geran pemula bantu usahawan muda Sarawak

KUCHING: Usahawan belia di Sarawak berpeluang memohon geran sehingga RM15,000 menerusi Geran SYStartUP bagi membantu menampung kos permulaan dan pembangunan perniagaan masing-masing. Timbalan Menteri Belia,