ARTIKEL

Hazland bersama Dr. Thomas Koller, Ketua Serantau untuk Hidrogen dan CCUS, AINC Energy Systems DNV selepas taklimat.

Sarawak perkukuh pelan strategik tenaga baharu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sarawak kini mempunyai pelan strategik yang lebih tepat bagi memperkukuh peranan tenaga baharu di rantau Asia Pasifik susulan konflik di Asia Barat yang dijangka mengubah landskap tenaga dunia.

Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar, Datuk Dr Hazland Abang Hipni, berkata konflik tersebut dijangka mendorong negara-negara di seluruh dunia untuk memberi tumpuan lebih besar kepada tenaga baharu dan tenaga bersih.

“Kita kini mempunyai pelan yang sangat tepat dan strategik mengenai peranan tenaga baharu di rantau ini, khususnya selepas konflik di Asia Barat kerana seluruh dunia akan berubah dan lebih memberi perhatian kepada tenaga baharu serta tenaga bersih.

“Dunia juga akan mengurangkan kebergantungan kepada minyak dan gas kerana krisis geopolitik boleh berlaku pada bila-bila masa,” katanya pada sidang media selepas taklimat bersama Det Norske Veritas (DNV) di Bangunan Baitulmakmur 1, di sini hari ini.

Beliau berkata lawatan delegasi DNV ke Sarawak kali ini bertujuan memberi taklimat mengenai peranan tenaga baharu seperti hidrogen, ammonia, bahan api penerbangan mampan (SAF), metanol serta pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon (CCUS), khususnya di rantau Asia Pasifik.

Tambahnya, Sarawak sebenarnya telah bersedia lebih awal dalam pembangunan tenaga hijau apabila pelbagai rangka kerja, undang-undang, peraturan serta infrastruktur telah dibangunkan sejak beberapa tahun lalu.

“Sarawak kini bukan lagi berada di peringkat merancang, sebaliknya sudah memasuki fasa pelaksanaan bagi pelbagai inisiatif tenaga baharu.

“Untuk beberapa tahun kebelakangan ini, kita sudah membangunkan rangka kerja, undang-undang, peraturan serta pelbagai infrastruktur berkaitan tenaga baharu dan sekarang Sarawak sudah bersedia,” katanya.

Dalam masa yang sama, Sarawak turut menyasarkan untuk muncul sebagai pengeksport utama tenaga hijau di rantau Asia Pasifik susulan potensi besar yang dimiliki negeri ini dalam sektor tenaga baharu.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU