ARTIKEL

Abdul Karim ketika menyampaikan ucapan penggulungan kementeriannya pada Persidangan DUN Sarawak Ke-19, di sini, hari ini. FOTO GHAZALI BUJANG

Sarawak perkukuh peluang pelancongan selepas AirBorneo beroperasi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sarawak bakal memperkukuh rangkaian penerbangan dan membuka lebih banyak peluang dalam sektor pelancongan apabila AirBorneo dijadualkan memulakan operasi awal tahun depan.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, perkhidmatan AirBorneo akan membolehkan Sarawak menentukan sendiri destinasi strategik bagi menarik lebih ramai pelancong, sekali gus merancakkan pertumbuhan industri pelancongan negeri.

Justeru katanya, perancangan laluan dan destinasi AirBorneo selepas ini perlu diselaraskan dengan pasaran sasaran serta produk pelancongan tempatan.

“Kerjasama yang lebih erat antara syarikat penerbangan itu dan industri pelancongan adalah amat diperlukan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan kementeriannya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19, di sini, hari ini.

Dalam perkembangan lain, Karim berkata, industri pelancongan kapal persiaran terus berkembang, dengan lebih 300 ketibaan kapal persiaran dan lebih dua juta penumpang direkodkan di Asia Tenggara pada 2023 dan dijangka akan mencecah 3.19 juta penumpang menjelang pada 2029.

Mengulas lanjut, katanya, Sarawak mempunyai potensi besar dalam sektor itu, namun peningkatan kemudahan pelabuhan dan perkhidmatan logistik perlu diberi keutamaan.

“Ini untuk memastikan proses keluar masuk penumpang berjalan lancar.

“Kementerian kini sedang berbincang dengan sebuah pengendali kapal persiaran dari Singapura untuk memasukan Kuching dan Miri sebagai destinasi persinggahan pada masa hadapan,” jelasnya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU