ARTIKEL

Abang Johari melakukan simbolik perasmian ENCON 2026 di Kuching, hari ini sambil disaksikan oleh tetamu kehormat lain. | Gambar: Ramidi Subari

Sarawak perlu lebih ramai jurutera

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Lebih ramai tenaga mahir khususnya jurutera dalam pelbagai bidang diperlukan bagi menyokong agenda pembangunan mampan dan transformasi ekonomi wilayah ini.

Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata keperluan itu meliputi bidang kejuruteraan mekanikal, kimia hingga aeroangkasa, selaras dengan perkembangan teknologi dan cabaran global semasa.

Menurutnya, Strategi Pembangunan Pasca-Covid-19 merupakan antara dasar Kerajaan Sarawak dalam menghadapi cabaran global, khususnya pendekatan saintifik bagi mencari penyelesaian terhadap masalah di persekitaran.

Abang Johari ketika meninjau ke reruai pameran sempena ENCON 2026 di Kuching, hari ini. | Gambar: Ramidi Subari

“Persoalan kelestarian adalah kunci kepada masa depan yang mampan, dan terdapat banyak cabaran yang perlu kita tangani demi generasi akan datang.

Dasar ini disokong oleh enam sektor ekonomi utama termasuk infrastruktur serta sumber semula jadi kita, dengan semua sektor ini memerlukan sumber manusia dan bakat yang berkualiti.

“Tanpa bakat, sukar untuk kita melaksanakan dasar berskala besar ini.

Sarawak dikurniakan sumber semula jadi yang melimpah, dan kita perlu memeliharanya dengan bantuan pakar dalam pelbagai bidang, khususnya kejuruteraan.

“Kerjasama antara negara, kerajaan dan rakyat akan menjadi platform untuk kita bergerak ke hadapan dalam isu kelestarian,” katanya ketika berucap sempena perasmian Persidangan Kejuruteraan Antarabangsa UNIMAS ke-16 (ENCON 2026) di sini, hari ini.

Hadir sama Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Datuk Seri Julaihi Narawi, Pengerusi Lembaga Pengarah UNIMAS Tan Sri Datuk Seri Panglima Sulong Matjeraie, Pengerusi CIDB Malaysia Dato Ir. Yusuf Abdul Wahab dan Naib Cancelor UNIMAS Prof. Dr Ahmad Hata Rasit.

Selain itu, Abang Johari berkata Sarawak juga telah mengkaji semula undang-undang asas dan meluluskan beberapa undang-undang strategik, antaranya berkaitan pelepasan karbon, pemeliharaan hutan sebagai penyerap karbon serta penyediaan infrastruktur asas untuk mencapai matlamat pembangunan.

Pada masa sama, beliau berkata kerajaan negeri turut meneroka pelbagai sumber tenaga termasuk hidro, solar terapung dan biojisim, selain membangunkan teknologi bagi menukar sisa kepada tenaga.

Beliau menambah wilayah ini juga memberi tumpuan kepada ekonomi berasaskan data serta perkembangan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan aeroangkasa sebagai pemacu masa depan.

“Dengan data yang diperoleh melalui teknologi satelit, kita boleh merancang pembangunan masa depan dengan lebih tepat termasuk memahami struktur tanah dan keperluan pembangunan.

“Sudah tentu, kita memerlukan lebih ramai tenaga mahir khususnya jurutera daripada kejuruteraan mekanikal, kimia hingga aeroangkasa,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap ENCON 2026 dapat menjana idea inovatif yang mampu menyumbang kepada pembangunan mampan Sarawak khususnya dan negara amnya.

BERITA LAIN

Geran pemula bantu usahawan muda Sarawak

KUCHING: Usahawan belia di Sarawak berpeluang memohon geran sehingga RM15,000 menerusi Geran SYStartUP bagi membantu menampung kos permulaan dan pembangunan perniagaan masing-masing. Timbalan Menteri Belia,

BERITA TERBARU

Rakyat protes dasar berat sebelah

BANGKOK: Ratusan penunjuk perasaan berhimpun berhampiran Pusat Konvensyen Nasional Queen Sirikit (QSNCC) pada Khamis bagi membantah dasar Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia yang

Geran pemula bantu usahawan muda Sarawak

KUCHING: Usahawan belia di Sarawak berpeluang memohon geran sehingga RM15,000 menerusi Geran SYStartUP bagi membantu menampung kos permulaan dan pembangunan perniagaan masing-masing. Timbalan Menteri Belia,