ARTIKEL

PREMIER Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menerima cenderamata daripada Setiausaha Kewangan Negeri, Datuk Seri Wan Lizozman Wan Omar. | Foto MOHD ALIF NONI

Sarawak rangka formula baharu

ZAHID ZAKI

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kerajaan Sarawak akan memperkenalkan kerangka lebih jelas bagi membolehkan badan berkanun yang mencatat lebihan kewangan sihat, untuk menyumbang pulangan tunai kepada negeri.

Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, langkah tersebut akan membantu memperluas sumber hasil negeri.

“Langkah ini memperkukuh disiplin kewangan serta memastikan sumber awam digunakan dengan lebih berkesan bagi menyokong agenda pembangunan Sarawak.

“Syarikat milik kerajaan (SOE) yang lebih kukuh mesti mewujudkan nilai lebih besar, bukan sahaja untuk organisasi mereka sendiri, tetapi juga untuk negeri dan rakyat yang mereka berkhidmat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Transformasi Syarikat Milik Kerajaan Negeri Sarawak (SOE) di Hotel Riverside Majestic di sini, semalam.

Dalam perkembangan sama, Abang Johari mendedahkan bahawa keuntungan keseluruhan kebanyakan SOE menunjukkan peningkatan antara tahun 2023 hingga 2024.

Menurut beliau, syarikat di bawah Pejabat Setiausaha Kewangan Negeri merekodkan peningkatan hampir 58 peratus dalam pengisytiharan dividen.

Manakala, jumlah syarikat berkaitan badan berkanun yang mengisytiharkan dividen meningkat sebanyak 44 peratus.

“Ini merupakan perkembangan yang positif. Peningkatan ini membuktikan bahawa tadbir urus lebih kukuh, pengurusan yang lebih baik dan disiplin kewangan tinggi yang mampu menghasilkan keputusan bermakna,” katanya.

Sehubungan itu, Abang Johari menegaskan SOE perlu menyumbang dengan lebih bermakna kepada pembangunan negeri sebagai pulangan kepada rakyat Sarawak apabila syarikat tersebut menjadi lebih kukuh dan menguntungkan.

Menurut beliau, sumbangan itu penting bagi membantu membiayai pembinaan jalan raya, sekolah, bantuan kebajikan, pembangunan luar bandar serta pelaburan masa hadapan.

“Saya menggesa entiti yang mencatat keuntungan agar tidak mengehadkan pembayaran dividen pada kadar minimum sekiranya mempunyai pendapatan yang tinggi.

“Prestasi yang lebih baik perlu diterjemahkan kepada pulangan yang lebih besar kepada negeri,” katanya.

BERITA LAIN

Geran pemula bantu usahawan muda Sarawak

KUCHING: Usahawan belia di Sarawak berpeluang memohon geran sehingga RM15,000 menerusi Geran SYStartUP bagi membantu menampung kos permulaan dan pembangunan perniagaan masing-masing. Timbalan Menteri Belia,

BERITA TERBARU