ARTIKEL

Sarawak rangkul juara

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KONTINJEN Lawan Pedang Sarawak mencipta sensasi apabila muncul juara Kejohanan Lawan Pedang Piala Borneo Edisi Kedua 2025.

Temasya yang berlangsung di Stadium Tertutup Sultan Hasanal Bolkiah, Brunei Darussalam itu menyaksikan Sarawak meraih 25 pingat, dengan 9 emas, 7 perak dan 9 gangsa.

Sarawak mengatasi pencabar terdekat, Singkawang (Kalimantan Barat) di tempat kedua dengan 7 emas, 6 pingat perak dan 7 gangsa.

Manakala tuan rumah (Brunei Darussalam) sekadar berpuas hati di tempat ketiga apabila meraih 2 emas, 4 perak dan 19 gangsa. Pasukan Sabah menduduki tempat keempat dengan satu pingat perak.

Presiden Persatuan Sukan Lawan Pedang Negei Sarawak (PSLNS), Affandi Ahmad cukup gembira dengan prestasi atlet. Beliau menyifatkan, kejayaan tersebut sebagai satu pencapaian yang membanggakan.

“Syabas dan tahniah kepada atlet kerana berjaya memastikan Sarawak muncul juara. Kita berharap mereka mampu mengekalkan momentum cemerlang ini pada masa akan datang,” jelas Affandi Beliau melihat, pencapaian cemerlang dikecapi atlet dalam kejohanan itu mampu menjadi penanda aras untuk menghadapai kejohanan lain. 

Apatah lagi katanya, kem lawan pedang Sarawak yang kini fokus untuk mempersiapkan atlet bagi menghadapi temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXII 2026 di Selangor. Sarawak meraih emas pada SUKMA 2024.

Sarawak mahu melahirkan atlet yang akan mewakili Malaysia pada Sukan SEA 2027.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU