KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan Kerajaan Sarawak dan Sabah bersetuju membuat pindaan ke atas Ordinan Buruh Sarawak (Ordinan Bab 76) dan Sabah (Ordinan Cap.67) untuk diselaraskan dengan Akta Kerja 1955 di Semenanjung Malaysia.
Jelasnya, RUU Ordinan Buruh Sabah (Pindaan) 2024 dan RUU Ordinan Buruh Sarawak dibentangkan pada sidang Parlimen akan datang.
Anwar juga memaklumkan kedudukan Malaysia dalam Subindeks Kecekapan Kerajaan bagi kajian IMD World Competitiveness Yearbook meningkat kepada kedudukan di tangga ke-29 pada 2023, berbanding kedudukan ke-38 pada 2022.
“Prestasi ini menunjukkan Malaysia berada pada landasan betul untuk mencapai kedudukan 20 teratas menjelang 2025, seperti yang digariskan dalam Kajian Separuh Penggal (RMKe-12),” kata Anwar berucap merasmikan sambutan Hari Pekerja 2024 peringkat kebangsaan hari ini.
– Bernama



