ARTIKEL

Rentap ditemui pemberita di Rumah Terbuka Gawai Dayak di kediaman Tan Sri Datuk Patinggi Alfred Jabu Numpang, hari ini.

Sarawak sasar sekurang-kurangnya setengah daripada 488 pingat emas pada SUKMA 2024

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sarawak menyasarkan sekurang-kurangnya setengah daripada 488 pingat emas dalam acara yang dipertandingkan semasa SUKMA yang akan datang, kata Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Datuk Gerald Rentap Jabu.

Menurutnya, ia juga sejajar dengan hasrat Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, dan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah.

“Justeru, kita berhasrat untuk mencapai sasaran tersebut, sekali gus memberi peluang kepada Sarawak untuk menjadi johan keseluruhan pada temasya sukan tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita semasa Rumah Terbuka Gawai Dayak di kediaman Tan Sri Datuk Patinggi Alfred Jabu Numpang di sini, hari ini.

Sehubungan itu, beliau meluahkan rasa teruja terhadap kontinjen tinju Sarawak yang dilihat memberangsangkan dari segi prestasi semasa latihan.

Bagaimanapun, katanya, kontinjen tersebut tidak seharusnya berasa selesa dan terus buat yang terbaik, khususnya pada 17 Ogos nanti, dan merangkul juara dalam sukan tersebut.

“Persiapan kontinjen tinju kita sangat memberangsangkan dan diharap mereka dapat tingkatkan lagi hingga hari perlawanan, seterusnya membawa balik emas pada kejohanan tersebut.

“Begitu juga sukan-sukan lain yang saya lihat kebanyakannya turut menunjukkan keputusan yang baik dan membanggakan pada sesi latihan,” katanya.

Sehubungan itu, Rentap menyeru kepada rakyat Sarawak untuk sama-sama memberikan sokongan padu kepada pasukan yang bertanding kelak.

“Sokongan sesama atlet dan dalam
kalangan orang ramai penting agar kemenangan dapat dicapai,” katanya ringkas.

BERITA LAIN

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha