ARTIKEL

Uggah ketika ditemui selepas menyempurnakan Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Kraf tangan Amanah Kebajikan Wanita Iban (IWCT) 2025/2026 di Hotel Riverside Majestic, di sini, hari ini.

Sarawak sedia laksana pembenihan awan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sarawak bersiap siaga melaksanakan operasi pembenihan awan bagi menangani jerebu yang melanda negeri ini sebaik keadaan cuaca mengizinkan.

Timbalan Premier merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), Datuk Amar Douglas Uggah Embas, berkata pihaknya telah berbincang dengan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) berhubung pelaksanaan operasi berkenaan.

Mengenai operasi sekolah, Uggah berkata prosedur operasi standard (SOP) sedia ada masih berkuat kuasa dengan Pengarah Pendidikan Negeri diberi kuasa memutuskan penutupan sekolah apabila bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencecah 200.

Keputusan berkaitan operasi taska dan tadika pula diserahkan kepada Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Seri Fatimah Abdullah.

“Perkara ini lebih rumit, khususnya bagi taska kerana kebanyakan kanak-kanak dihantar ke sana ketika ibu bapa mereka bekerja. Kita sudah mengadakan perbincangan dengan Fatimah bagi menentukan pendekatan terbaik,” ujarnya.

Dalam pada itu, Uggah berkata Kerajaan Sarawak turut mengambil langkah menangani kekurangan bekalan air di kawasan terjejas dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyediakan bekalan air minuman jika diperlukan.

Menurutnya, Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) juga akan mengutamakan penghantaran air ke komuniti terjejas dengan kapasiti lebih besar.

Beliau turut menggesa orang ramai menghentikan aktiviti pembakaran terbuka bagi mengelakkan keadaan jerebu bertambah buruk.

Mengenai jerebu rentas sempadan, beliau berkata kebimbangan Sarawak akan disalurkan kepada Kerajaan Persekutuan untuk dibincangkan bersama Indonesia menerusi mekanisme ASEAN mengenai Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan.

Katanya, Sarawak juga perlu berwaspada terhadap kebakaran di Kuala Baram yang terletak berhampiran Brunei kerana asap dari kawasan berkenaan berpotensi bergerak ke negara jiran itu.

BERITA LAIN

Geran pemula bantu usahawan muda Sarawak

KUCHING: Usahawan belia di Sarawak berpeluang memohon geran sehingga RM15,000 menerusi Geran SYStartUP bagi membantu menampung kos permulaan dan pembangunan perniagaan masing-masing. Timbalan Menteri Belia,

BERITA TERBARU

Rakyat protes dasar berat sebelah

BANGKOK: Ratusan penunjuk perasaan berhimpun berhampiran Pusat Konvensyen Nasional Queen Sirikit (QSNCC) pada Khamis bagi membantah dasar Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia yang

Geran pemula bantu usahawan muda Sarawak

KUCHING: Usahawan belia di Sarawak berpeluang memohon geran sehingga RM15,000 menerusi Geran SYStartUP bagi membantu menampung kos permulaan dan pembangunan perniagaan masing-masing. Timbalan Menteri Belia,