ARTIKEL

BERCAKAP… Abang Johari menyampaikan amanat pada Majlis Perasmian Persidangan Kursi Sheikh Othman Sarawak di sini, hari ini. Foto Ghazali Bujang.

Sarawak sedia salur elektrik ke Brunei

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sarawak bersedia menyalurkan bekalan elektrik ke Brunei, sekali gus memperkukuh kedudukan negeri ini sebagai pengeluar tenaga yang berdaya saing di rantau Asia Tenggara.

Premier, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menegaskan bahawa Sarawak mempunyai kapasiti dan kepakaran untuk melaksanakan projek tersebut dengan jayanya.

“Pagi tadi (semalam), kami mengadakan perundingan dengan pihak Brunei. Insya-Allah, Sarawak akan membekalkan elektrik dari Tudan ke Lumut, daripada Lumut ke Seria, dan seterusnya ke Bandar Seri Begawan,” katanya pada Majlis Perasmian Persidangan Kursi Sheikh Othman Sarawak di sini, hari ini.

Beliau menambah bahawa usaha ini bukan sahaja memberi manfaat ekonomi kepada Sarawak, malah turut mengukuhkan hubungan strategik antara kedua-dua negara.

Abang Johari berkata, langkah ini sejajar dengan visi Sarawak untuk menjadi pengeksport tenaga bersih dan mampan kepada negara jiran, selari dengan agenda tenaga lestari.

LAWATAN… Abang Johari mengadakan lawatan pada Majlis Perasmian Persidangan Kursi Sheikh Othman Sarawak di sini, hari ini. Foto Ghazali Bujang.

“Selain itu, projek ini dijangka meningkatkan kebolehpercayaan bekalan elektrik di kedua-dua negara, membolehkan pelbagai sektor ekonomi beroperasi dengan lebih lancar,” jelasnya.

Beliau turut menyatakan hasrat untuk membangunkan Trusan di Lawas sebagai pusat pengeluaran elektrik baharu, yang dijangka meningkatkan kapasiti tenaga lestari negeri secara signifikan.

Abang Johari menekankan bahawa Sarawak sudah pun menghantar elektrik ke Pontianak, Kalimantan Barat.

“Baru-baru ini, saya bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ke Jakarta bertemu Presiden Indonesia, Prabowo Subianto.

“Mereka meminta kita berkongsi elektrik di dua kawasan dekat Indonesia dan salah satu adalah di Badau. Ini menunjukkan bahawa dengan kesatuan dan kekuatan kerajaan, kita dapat membantu jiran, sekali gus mendapat pahala kerana berkongsi tenaga bersih,” katanya.

Beliau menambah bahawa Sabah juga telah memohon bekalan elektrik daripada Sarawak sebelum ini.

“Kita boleh menghantar 100 megawatt ke Sabah, dari Lawas ke Sipitang, Sabah dan seterusnya ke Kota Kinabalu.

“Dengan berkongsi ilmu dan tenaga sebegini, kita mendapat pahala. Jika niat kita baik, Allah pasti akan membantu,” katanya.

BERITA LAIN

Projek ART Kuching Jadi Rujukan

KUCHING: Projek Transit Aliran Autonomi (ART) Kuching menjadi antara projek rujukan utama luar negara bagi China Railway Rolling Stock Corporation (CRRC) dalam usaha memperluas penggunaan

BERITA TERBARU

Projek ART Kuching Jadi Rujukan

KUCHING: Projek Transit Aliran Autonomi (ART) Kuching menjadi antara projek rujukan utama luar negara bagi China Railway Rolling Stock Corporation (CRRC) dalam usaha memperluas penggunaan