ARTIKEL

Timbalan Premier, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian. FOTO GHAZALI BUJANG

Sarawak semakin dicemburui banyak pihak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Ketika semakin banyak pihak cemburu melihat kemajuan pesat dan kekuatan fiskal Sarawak, kejayaan hari ini bukan kebetulan tetapi hasil kestabilan politik serta usaha berterusan menuntut hak autonomi yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Timbalan Premier, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata, ia memuncak apabila Sarawak membentangkan Belanjawan Negeri 2026 sebanyak RM12.9 bilion yang berfokuskan rakyat, jauh mengatasi peruntukan negeri-negeri lain.

“Selangor baru membentang belanjawan berjumlah RM3.23 bilion, manakala Johor RM2.5 bilion untuk 2026.

“Jadi tidak hairan ramai ‘mata merah’. Bukan sahaja kerana jumlah belanjawan, tetapi kerana ia benar-benar belanjawan berfokus rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan penggulungan Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, di sini, hari ini.

Dr Sim menegaskan bahawa kekuatan kewangan ini tidak sepatutnya ditafsirkan sebagai ancaman, sebaliknya harus menjadi bukti bahawa Sarawak mampu melonjak apabila diberi ruang autonomi sewajarnya seperti dijamin di bawah MA63.

Menurutnya, tuntutan autonomi yang diperjuangkan Sarawak termasuk dari sudut kesihatan, pendidikan, satu pertiga kerusi Parlimen, peruntukan hasil di bawah Perkara 112D serta isu agihan gas bukan agenda baharu, tetapi hak yang perlu dipulihkan.

“Saya hairan ada pihak menuduh tuntutan ini bersifat wilayah dan diskriminasi. Nasib baik Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim setuju secara prinsip MA63 perlu dilaksanakan kerana ia adil kepada rakyat Sarawak dan Sabah. Kita amat menghargai pendirian beliau.

“Saya yakin para pemimpin terdahulu tidak akan bersetuju menyertai pembentukan Malaysia sekiranya mereka tahu selepas pembentukan kita hanya menerima lima peratus royalti minyak dan pembangunan jauh ketinggalan berbanding Semenanjung,” tegasnya.

Tegasnya, Sarawak kini berada pada landasan terbaik untuk mempercepatkan pembinaan negara bangsa menjelang 2030, lebih-lebih lagi ketika negeri ini bebas daripada politik kepartian perpecahan 3R (kaum, agama dan institusi raja).

“Mengapa orang memuji kita? Kerana kita tidak berpecah. Kita tiada politik yang memecah-belahkan. Dan saya yakin kalau Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak ada dalam kerajaan, kita pun akan berpecah dan berpolitik tanpa henti.

“Justeru, terima kasih Sabah kerana mengikut jejak Sarawak. Kita akhirnya tidak berjuang sendirian di Borneo. Teruskan bekerja keras dengan penuh keberanian,” tegasnya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU