ARTIKEL

Anthony Loke Siew Fook (Facebook)

Sarawak setuju nilai RM1.8 bilion ambil alih Pelabuhan Bintulu, sedia bayar ‘lump sum’

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Sarawak mempunyai keupayaan kewangan untuk mengambil alih Pelabuhan Bintulu daripada Putrajaya dan secara prinsipnya dipersetujui dengan nilai RM1.8 bilion, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook.

Anthony Loke Siew Fook (Facebook)

Malah, beliau berkata proses pengambilalihan pelabuhan itu juga tidak menjejaskan kedudukan fiskal Sarawak sekali gus tidak perlu dibimbangkan.

“Tidak perlu dibimbangkan kerana kerajaan negeri mempunyai keupayaan untuk membayar jumlah tersebut dan dipersetujui selepas beberapa siri rundingan di antara Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dengan Premier Sarawak (Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg).

“Malah, Kerajaan Sarawak bercadang membuat bayaran secara ‘lump sum’ (sekali gus) kepada Kerajaan Persekutuan dan perkara itu dialu-alukan,” katanya pada sesi soal jawab di Parlimen hari ini.

Sementara itu, Loke berkata Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak kini pada peringkat akhir dalam proses penyerahan pelabuhan tersebut kepada negeri berkenaan.

Loke turut menjelaskan bahawa pengambilalihan ini hanya melibatkan badan kawal selia pelabuhan iaitu Lembaga Pelabuhan Bintulu, dan bukan operasi pelabuhan yang diuruskan syarikat konsesi Bintulu Port Holdings.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU