ARTIKEL

Abang Johari mengadakan pertemuan bersama Teo Chee Hean sempena Persidangan Parti Ke-28 (COP28)

Sarawak, Singapura jalin kerjasama bangun industri karbon

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

DUBAI: Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari tun Openg mengadakan pertemuan bersama Menteri Kanan dan Menteri Penyelarasan Keselamatan Singapura Teo Chee Hean sempena Persidangan Parti Ke-28 (COP28) dunia mengenai perubahan iklim, di sini.

Dalam pertemuan yang berlangsung selama satu jam itu, mereka membincangkan pelbagai isu terutamanya mengenai kerjasama ekonomi dan kerjasama dengan Singapura.

Terdahulu, Singapura melalui Surbana Jurong Infrastructure Pte. Ltd menandatangi Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Sarawak melalui InvestSarawak Sdn Bhd.

MoU berkenaan meliputi bidang kerjasama dalam transformasi industri, peralihan tenaga, penyahkarbonan industri, penangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon (CCUS), dan pembangunan serta pengurusan taman perindustrian dengan tujuan untuk membangunkan industri rendah karbon di Sarawak.

Beliau bersama-sama delegasi lawatan tersebut kemudian mengadakan lawatan ke Pavilion Malaysia pada COP28, di mana beliau telah diterima dan diberi taklimat oleh Pegawai Utama Kementerian sebelum menghadiri sesi panel.

Abang Johari serta anggota delegasi kemudiannya mengadakan pertemuan singkat bersama Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) Nik Nazmi Nik Ahmad di tempat yang sama.

BERITA LAIN

Projek ART Kuching Jadi Rujukan

KUCHING: Projek Transit Aliran Autonomi (ART) Kuching menjadi antara projek rujukan utama luar negara bagi China Railway Rolling Stock Corporation (CRRC) dalam usaha memperluas penggunaan

BERITA TERBARU

Projek ART Kuching Jadi Rujukan

KUCHING: Projek Transit Aliran Autonomi (ART) Kuching menjadi antara projek rujukan utama luar negara bagi China Railway Rolling Stock Corporation (CRRC) dalam usaha memperluas penggunaan