ARTIKEL

Johnny Pang menyertai senam pagi pada program Sarawak Sunrise Aerodance Edisi Bintulu 2026

Sarawak Sunrise Aerodance Bintulu Promosi Gaya Hidup Sihat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Penganjuran Sarawak Sunrise Aerodance Edisi Bintulu 2026 yang menghimpunkan hampir 400 peserta bukan sahaja mempromosikan gaya hidup sihat, malah memperkukuh hubungan komuniti selaras dengan usaha pembangunan bandar Bintulu.

ADUN Tanjong Batu, Johnny Pang Leong Ming berkata, program berkenaan mencerminkan peningkatan kesedaran masyarakat dengan kepentingan menjaga kesihatan fizikal dan mental melalui aktiviti riadah yang menyeronokkan serta inklusif.

Menurutnya, kehadiran hampir 400 peserta seawal pagi menunjukkan semangat positif masyarakat setempat dalam mengamalkan gaya hidup sihat dan mengeratkan hubungan sosial antara komuniti pelbagai lapisan umur.

“Aerodance bukan sekadar aktiviti senaman, tetapi platform untuk kita bergerak bersama-sama, mengamalkan gaya hidup sihat serta membina hubungan yang lebih erat dalam kalangan masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Sarawak Sunrise Aerodance Edisi Bintulu 2026 di pekarangan The Spring Shopping Mall Bintulu, pada Ahad.

Beliau turut menyifatkan penganjuran edisi Bintulu sebagai satu pencapaian membanggakan selepas kejayaan program yang sama di Miri.

Katanya, Bintulu bukan sahaja berkembang pesat dari segi ekonomi, malah berpotensi menjadi hab aktiviti gaya hidup sihat dan komuniti aktif pada masa hadapan.

Jelasnya, pembangunan sesebuah bandar tidak hanya diukur melalui kemajuan fizikal dan infrastruktur, sebaliknya merangkumi kesejahteraan rakyat, kekuatan institusi keluarga serta perpaduan masyarakat.

Beliau berharap lebih banyak program seumpama ini dapat dianjurkan di Bintulu pada masa akan datang bagi memperkukuh budaya hidup sihat dan aktif dalam kalangan masyarakat setempat.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU

Langit Kalimantan bertukar jingga

JAKARTA: Seolah-olah babak dalam filem Mad Max, langit Kalimantan Tengah, Indonesia kembali diselubungi jerebu tebal berwarna jingga keperangan apabila kebakaran hutan dan tanah terus melanda

6 NEGERI TERIMA RM21.26 BILION

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM21.26 bilion kepada enam negeri yang ketinggalan dari segi pembangunan di bawah Belanjawan 2027 dengan agihan mengambil kira