ARTIKEL

Premier bercakap pada sesi Dialog Berwawasan sempena Persidangan dan Pameran Hidrogen Hijau Asia Pasifik (APGH) 2026, di sini, hari ini. GAMBAR: RAMIDI SUBARI

Sarawak Terus Manfaatkan Tenaga Boleh Baharu dan Hidrogen

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sarawak akan terus memanfaatkan kekuatan tenaga boleh baharu dan hidrogen sebagai sumber tenaga masa depan bagi memacu pertumbuhan ekonomi negeri serta menyokong peralihan tenaga serantau.

Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, walaupun kenderaan elektrik (EV) semakin mendapat perhatian di banyak negara susulan perkembangan teknologi dan persaingan industri, persoalan utama yang perlu diberi perhatian adalah bagaimana elektrik yang digunakan untuk menggerakkan kenderaan itu dihasilkan.

GAMBAR: RAMIDI SUBARI

“Kita juga perlu mengetahui sama ada ia mampan atau tidak.

“Saya berpendapat bahawa setiap negara atau wilayah mempunyai kekuatan masing-masing dalam peralihan tenaga, dengan China misalnya mempunyai kelebihan dalam tenaga solar dan EV.

“Bagi kita di Sarawak, saya fikir kekuatan kita masih pada tenaga boleh baharu dan hidrogen adalah satu lagi sumber tenaga untuk menggerakkan ekonomi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan moderator yang juga Pengarah Eksekutif Emeritus Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA), Nobuo Tanaka pada sesi Dialog Berwawasan sempena Persidangan dan Pameran Hidrogen Hijau Asia Pasifik (APGH) 2026, di sini, hari ini.

Beliau turut menjawab soalan berhubung daya saing China dalam industri EV dan teknologi hijau seperti panel solar, turbin angin serta bateri dan bagaimana negara-negara Asia dapat bekerjasama dengan kuasa besar itu dalam dunia elektrifikasi kekuatan tenaga negeri, selain kekuatan tenaga Sarawak.

Menurutnya, peralihan kepada elektrifikasi termasuk penggunaan EV perlu dilihat secara menyeluruh, terutama dari segi sumber penjanaan elektrik, kelestarian tenaga dan pengurusan bateri.

“Jika kita menggunakan bateri, bagaimana kita hendak melupuskan bateri itu?

“Terdapat banyak isu dari segi elektrifikasi,” jelasnya.

Bagaimanapun, ujarnya, hidrogen mempunyai mekanisme berbeza berbanding elektrik dan dilihat sebagai satu lagi sumber tenaga penting yang boleh dimanfaatkan Sarawak untuk menggerakkan ekonomi negeri.

Pada masa yang sama, beliau berkata, Sarawak mempunyai bekalan elektrik yang banyak dan sedang melihat peluang untuk mengeksport tenaga tersebut ke luar negeri.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU