ARTIKEL

Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg

Sarawak tetapkan dasar pembangunan hingga 2050

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sarawak telah menetapkan hala tuju pembangunan sehingga tahun 2050 dengan menumpukan kepada sektor tenaga, termasuk pelan jangka panjang bagi industri hidrogen.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, Sarawak mempunyai kelebihan dari segi sumber asli yang membolehkannya menerajui industri tenaga hijau pada masa depan.

“Perancangan kita tidak terhenti pada 2030. Sekarang kita sudah ada dasar sehingga tahun 2035.

“Saya rancang sehingga ke tahun 2050 untuk memastikan generasi akan datang mendapat manfaat daripada pembangunan tenaga ini,” katanya ketika berucap pada Hari Integriti Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) 2025, Majlis Berbuka Puasa dan Penyerahan Zakat Perniagaan di sebuah hotel di sini, malam tadi.

Beliau memberitahu akan mendedahkan kerangka perancangan termasuk pelan hidrogen dan tenaga kelak.

Menurutnya, Sarawak memiliki sumber tenaga hidro yang membolehkannya menghasilkan hidrogen secara mampan, menjadikannya lebih berdaya saing berbanding negara lain.

“Dengan tenaga hidro, kita boleh mengekstrak hidrogen daripada air, malah kita juga boleh menghasilkan hidrogen sintetik melalui proses campuran karbon dan hidrogen bagi menghasilkan metana,” katanya.

Dalam masa sama, beliau menegaskan kepentingan melahirkan tenaga kerja mahir bagi menyokong industri hidrogen dan tenaga hijau di Sarawak.

“Kita perlu melatih saintis dan tenaga kerja kita supaya mereka dapat menambah nilai dalam rantaian besar industri ini.

“Jika kita menguasai teknologi ini, Sarawak berpotensi menjadi peneraju dalam industri hidrogen di rantau ini,” katanya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU