ARTIKEL

Juanda (duduk tiga kiri) merakam gambar kenangan bersama-sama Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki (tengah) dan tetamu lain pada Majlis Penutupan Persidangan Pemantapan Integriti, Tatakelola dan Antirasuah (PINTAR) 2026 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), di sini, hari ini.

Sarawak tidak berkompromi terhadap kelemahan, ketirisan dan penyalahgunaan kuasa

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sarawak tidak akan berkompromi terhadap sebarang bentuk kelemahan, ketirisan atau penyalahgunaan kuasa, terutama sekali dalam pelaksanaan projek berimpak tinggi di negeri ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Integriti dan Ombudsman), Datuk Dr Juanda Jaya, berkata perkara tersebut penting kerana kepincangan dalam tatakelola boleh menjejaskan keberkesanan pembangunan negeri.

Katanya, kelemahan itu juga mampu menghakis keyakinan dan kepercayaan rakyat terhadap sistem pentadbiran kerajaan.

“Justeru, pelaksanaan projek berimpak tinggi, pengurusan sumber dan dana yang besar serta pembentukan dasar ekonomi baharu menuntut tahap integriti, ketelusan, akauntabiliti serta tadbir urus yang lebih tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutupan Persidangan Pemantapan Integriti, Tatakelola dan Antirasuah (PINTAR) 2026 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), di sini, semalam.

Sekitar rakaman ketika PINTAR 2026 berlangsung.

Tambahnya, program tersebut juga memainkan peranan penting dalam usaha memperkukuh kefahaman, menyelaraskan pendekatan serta meningkatkan keupayaan dalam menangani kelemahan tatakelola sistem penyampaian perkhidmatan.

“Melalui persidangan ini, saya berharap peserta dapat memperoleh perspektif yang lebih menyeluruh untuk melaksanakan peranan sebagai pemimpin dan penjawat awam.

“Perkara tersebut penting khususnya dalam memperkukuh mekanisme semak dan imbang, mempertingkatkan akauntabiliti serta membudayakan nilai integriti di jabatan dan organisasi masing-masing,” ujarnya.

Sekitar rakaman ketika PINTAR 2026 berlangsung.

Beliau memaklumkan, keperluan memperkukuh agenda ini juga amat bertepatan dengan kedudukan Sarawak yang kini berada di landasan pembangunan yang pesat melalui Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030).

“Oleh yang demikian, saya ingin sekali lagi mengucapkan syabas dan tahniah kepada UNIONS dan SPRM Sarawak atas kejayaan menganjurkan persidangan berskala besar ini.

“Kita melihat gandingan komitmen yang utuh ini amat in bermakna dalam usaha kita memperkasa budaya integriti di Sarawak,” jelasnya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Rakyat protes dasar berat sebelah

BANGKOK: Ratusan penunjuk perasaan berhimpun berhampiran Pusat Konvensyen Nasional Queen Sirikit (QSNCC) pada Khamis bagi membantah dasar Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia yang

Geran pemula bantu usahawan muda Sarawak

KUCHING: Usahawan belia di Sarawak berpeluang memohon geran sehingga RM15,000 menerusi Geran SYStartUP bagi membantu menampung kos permulaan dan pembangunan perniagaan masing-masing. Timbalan Menteri Belia,