ARTIKEL

Datuk Seri Dr Sim Kui Hian

Sarawak tidak had penggunaan bahasa

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Tiada sebab untuk surat rasmi Kerajaan Sarawak dihadkan kepada penggunaan bahasa Melayu sahaja, tegas Timbalan Premier Datuk Amar Dr Sim Kui Hian. 

Menurutnya, ini kerana bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu adalah bahasa rasmi Sarawak selaras dengan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Seperti yang kita tahu, tiada alasan dan sebab untuk Kerajaan Sarawak mengehadkan penggunaan bahasa dalam surat rasmi, dengan hanya menggunakan bahasa Melayu kerana bahasa Inggeris juga bahasa rasmi kita,” katanya. 

Beliau berkata demikian mengulas mengenai kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengarahkan sebarang surat rasmi sama ada daripada pihak kerajaan mahupun swasta hendaklah diutuskan dalam bahasa Melayu. 

Mengulas lanjut ujarnya, itu antara sebab Sarawak selalu mendesak penurunan kuasa autonomi dalam bidang kesihatan, pendidikan, kewangan dan lain-lain supaya lebih mudah menguruskan negeri dengan cara sendiri.

 “Tiada siapa boleh menghalang kita mendapatkan semula hak di bawah MA63, melainkan rakyat Sarawak memecahbelahkan diri sendiri atau disebabkan tangan luar yang ghaib,” tegasnya.

 Terdahulu, Perdana Menteri berkata, jika surat berkenaan diutus dalam bahasa selain bahasa kebangsaan, ia perlu dipulangkan semula sebagai langkah untuk memartabatkan penggunaan bahasa Melayu seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Untuk rekod, Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada tahun lalu sekali lagi menegaskan bahawa perkhidmatan awam Sarawak akan terus menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi bersama bahasa kebangsaan.

Beliau berkata, pendirian ini adalah mengikut Perlembagaan Sarawak dengan kedua-dua bahasa boleh digunakan dalam urusan rasmi.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU