KUCHING: Sebanyak lapan pasukan berentap untuk memburu kejuaraan dalam Kejohanan Kabaddi Remaja Kebangsaan 3 Star Edisi Ke-II 2025 yang dijadual berlangsung di Dewan Serbaguna Kompleks Belia Dan Sukan Negei Sarawak bermula dari 4 hingga 6 Julai ini.
Presiden Persatuan Kabaddi Negeri Sarawak, ASP Muttiah Pillai A/L VP Sinnathambi memberitahu, pasukan terlibat mewakili beberapa negeri.
Antaranya, Sarawak selaku tuan rumah, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pulau Pinang Perak dan Wilayah Persekutuan.
Menurut Mutthiah, dua kategori iaitu lelaki dan wanita dipertandingkan sepanjang tiga hari kejohanan itu berlangsung.
“Kita menjangkakan pertembungan sengit berlaku sepanjang kejohanan itu kelak,” ujar Muttiah kepada Arena Suara Sarawak.
Tegas beliau, Sarawak mempertaruhkan empat pasukan iaitu masing-masing dua dalam kategori lelaki dan dua kategori wanita.
Kejohanan kali ini dianjur oleh Persatuan Kabaddi Negeri Sarawak dengan kerjasama Persatuan Kabaddi Malaysia, Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS), Perbadanan Sukan Sarawak (SSC) dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

