NGENJEN DI SEMANDIN animasi bahasa Sarawak pertama di Malaysia

Trending

Sarawak tuan rumah SUKMA diputuskan oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
BERCAKAP... Abdul Karim (tengah) mengulas mengenai keputusan Sarawak sebagai tuan rumah SUKMA ke-21.

KUCHING: Keputusan Sarawak untuk menjadi tuan rumah penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) ke-21 adalah tertakluk kepada kelulusan daripada Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS).

Bagaimanapun, Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah menegaskan ia bukan masalah kepada Sarawak untuk menjadi tuan rumah memandangkan kerajaan Sarawak telah bersetuju mengenai perkara tersebut.

Jelasnya, keputusan memilih Sarawak sebagai tuan rumah SUKMA ke-21 telah dicadangkan secara peribadi oleh Menteri KBS, Hannah Yeoh Tseow Suan menerusi mesyuarat yang telah diadakan baru-baru ini.

BERCAKAP… Abdul Karim (tengah) mengulas mengenai keputusan Sarawak sebagai tuan rumah SUKMA ke-21.

“Saya tidak berfikir bahawa ia merupakan satu masalah namun sudah pasti beliau (Hannah) perlu berbincang terlebih dahulu dengan kabinet.

“Hal ini kerana ia merupakan perkara terakhir perlu dilalui KBS, selepas kabinet meluluskan kita (Sarawak) akan bersedia,” katanya dalam sidang media di Bangunan Baitulmakmur II Tingkat 17 hari ini.

Katanya, Sarawak setakat ini telah bersetuju sekiranya diberi peluang selaku tuan rumah Sukma ke-21 seperti yang telah dimaklumkan sendiri oleh Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg baru-baru ini.

Baca lain  Suami isteri edar dadah

Dalam perkembangan sama, Karim menegaskan pihaknya sudah memaklumkan kepada kementerian Belia, Perbadanan Sukan Sarawak (SSC) untuk bersedia dalam menghadapi perkara tersebut.

Selain itu, beliau turut mencadangkan agar bahagian-bahagian lain di Sarawak untuk turut terlibat selaku penganjuran Sukma ke-21 itu nanti.

“Majoritinya (acara sukan) akan diadakan di Kuching sekiranya diadakan di Sarawak, seperti Sukma lepas ada dua sukan diadakan di Sibu dan satu di Miri,” ujarnya.

Terdahulu, pada tahun 2020 sepatutnya menjadi tuan rumah SUKMA Ke-20 namun malangnya pada tahun tersebut negara dilanda Covid-19 sekali gus menyebabkan acara tersebut diambil alih oleh pusat di Kuala Lumpur.

Kali terakhir Sarawak tuan rumah SUKMA adalah pada tahun 2016 dengan mencapai kedudukan di tangga kedua.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

9 Jun 2023

Berita Terbaru