ARTIKEL

TARUHAN SARIKEI... Pemain kesebelasan utama Sarikei.

Sarikei atau Miri?

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUKAH: Liga Bola Sepak Bawah 20 Tahun, Piala Tun Pehin Sri Abdul Taib 2023 melabuhkan tirainya petang esok.

Dua pasukan, Sarikei dan Miri akan turun beradu pada perlawanan akhir di Stadium Mukah tepat jam 3 petang.

PILIHAN JUARA… Barisan pemain Miri.

Ketua jurulatih Miri Mohd. Hakimi Man dengan perspektif tersendiri mengenai perlawanan akhir petang esok.

“Kita berdepan dengan lawan (Sarikei) mempunyai prestasi hebat petang ini.

Tugas yang amat berat menanti pemain.

“Namun, kami turun dengan satu tujuan, berusaha untuk memenangi perlawanan penting petang ini,” ujar Hakimi.

Pengurus Sarikei, Khairulddin Qalam Daud mengakui, pasukannya siap sedia mengharungi gelora sebenar aksi final petang esok.

“Aksi final Sarikei dan Miri petang esok mengimbau kembali perlawanan akhir Piala Belia Sarawak 2016 yang ketika itu menyaksikan Sarikei sekadar bergelar naib juara tewas (3-0) di tangan Miri.

“Justeru, semahunya mimpi ngeri itu mahu dielak terus berulang.

Dengan kata lain, perlawanan petang ini pentas bagi melunas kekalahan tujuh tahun lalu,” tegas Qalam lagi.

BERITA LAIN

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

BERITA TERBARU

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan