ARTIKEL

CARI RUANG... Penyerang Sarikei, Ariff Amirul Zulkipli (kanan) cuba melarikan bola sambil disaing ketua pasukan Serian, Mohamad Cairum Ridzuan Mohd. Razi (kiri) pada perlawanan petang semalam. | FOTO MOHD. ZULKARNAIN MANTAIM

Sarikei, Miri mara ke final

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUKAH: Pasukan Sarikei dan Miri berjaya melangkah ke perlawanan akhir Liga Bola Sepak SSC-FAS Bawah 20 Tahun, Piala Tun Pehin Sri Abdul Taib 2023.

Dua gergasi yang berprestasi hebat itu berjaya menempatkan diri bagi penentuan gelaran juara edisi kali ini selepas menumpaskan lawan masing-masing di peringkat separuh akhir petang tadi.

CIPTA SEJARAH… Pasukan Sarikei berjaya mara ke final.

Sarikei menumpaskan Serian (2-0) pada perlawanan yang berlanjutan hingga ke masa tambahan selepas kedua-duanya terikat tanpa jaringan di Padang Mesra MDDM, Mukah.

Kedua-dua gol skuad bandar nanas itu dijaringkan oleh Mohd. Akmal Nizam Talip minit ke-100 dan Aamriee Marzuqie Juma’adee minit ke-105.

TERUS UNGGUL… Barisan pemain Miri menepati ramalan mara ke perlawanan akhir.

Berbanding kemenangan (6-5) dicatat oleh Miri ke atas Kuching menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedua-duanya terikat tanpa jaringan pada perlawanan yang berlanjutan hingga ke masa tambahan di Stadium Mukah.

Perlawanan akhir antara Sarikei dan Miri akan berlangsung pada hari Ahad di Stadium Mukah jam 3 petang.

Sementara itu, kekalahan Kuching dan Serian menyaksikan kedua-dua pasukan terbabit menduduki tempat ketiga bersama.

BERITA LAIN

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha