ARTIKEL

Ketua Jurulatih Skuad Hoki Negara, Sarjit Singh ketika sidang media khas di Stadium Hoki Nasional semalam. | BERNAMA

Sarjit panggil 46 pemain bentuk wajah baharu Speedy Tigers

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Pengendali skuad kebangsaan yang baharu Sarjit Singh melakukan kejutan dengan memanggil 46 pemain daripada pasukan dalam Liga Hoki Malaysia (LHM) bagi menyertai sesi latihan bermula 19 Mac ini.

Beliau berkata kem latihan itu bertujuan melihat keboleh setiap pemain sebelum mereka dimuktamadkan kepada 30 orang bagi membentuk wajah baharu Speedy Tigers bagi menghadapi  saingan Piala Sultan Azlan Shah pada 4 hingga 11 Mei dan Piala Negara-Negara di Poland pada 30 Mei hingga 1 Jun.

Menurut Sarjit, kesemua pemain akan dibahagikan kepada tiga kumpulan untuk berentap sesama sendiri dalam lapan perlawanan sebelum senarai penuh skuad negara dikeluarkan 1 April ini.

“Setiap pemain dianggarkan mendapat 320 minit permainan bagi perlawanan ini. Lapan perlawanan sesama kalau mereka tunjuk kemahiran mereka dan buktikan mereka layak jadi mereka akan masuk pasukan kebangsaan. 

“Latihan ini dibuat bermula 19 hingga 30 Mac, tiga pasukan kita ada enam penjaga gol, satu pasukan ada dua penjaga gol, jadi harap ini saingan sihat untuk pemain buktikan mereka boleh bermain,” katanya pada sidang media pengumuman senarai pemain di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil di sini semalam. 

Sarjit berkata meskipun pemain skuad hoki kebangsaan telah dipilih kelak, namun beliau masih membuka peluang dan ruang kepada pemain lain yang berkebolehan dan mahu menonjolkan kemampuan diri menyertai skuad negara.

Katanya, pemain perlu menghubunginya dan menyertai kem latihan selama seminggu sebelum beliau memutuskan sama ada mereka layak untuk menjadi skuad Speedy Tigers atau sebaliknya. 

Januari lepas, Persekutuan Hoki Malaysia (MHC) mengumumkan pembubaran skuad The Speedy Tigers selepas gagal melayakkan diri ke Sukan Olimpik Paris 2024 dengan perkembangan terbaharu menyaksikan Sarjit dipilih bagi mengambil alih tugas ketua jurulatih yang sebelum ini disandang Arul Selvaraj.

Sementara itu Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan Datuk Ahmad Najmi Razak memberi amaran kepada semua pemain yang dipilih agar tidak mensia-siakan peluang mempamerkan kebolehan menjadi sebahagian daripada pasukan Speedy Tigers yang baharu. 

“Bukan mudah untuk peroleh peluang ini, jadi rebutlah ia beraksi untuk Malaysia.

Sekarang anda berentap sesama sendiri dan membina pasukan yang lebih baik.

Saya tak mahu ada masalah peribadi, ini peluang keemasan ambillah, kalau tak mahu, kita akan ambil pemain yang betul-betul mahu berjuang,” katanya. 

 Ahmad Najmi turut mengumumkan barisan penolong jurulatih iaitu Mohamad Sukri Abdul Mutalib dan Azrul Effendy Bistaman sementara jurulatih penjaga gol akan dibantu oleh S Kumar yang bertindak membantu Sarjit membentuk pasukan hoki lelaki kebangsaan.

Mengenai perancangan skuad senior, beliau berkata pihaknya mempertimbangkan untuk mengadakan perlawanan persahabatan sebagai persediaan skuad negara menjelang Piala Sultan Azlan Shah.

“Tapi kita perlu meneliti bajet dan beberapa perkara dahulu, kita bincang dengan barisan jurulatih sebelum putuskan apa-apa.

Kita akan beri seratus peratus sokongan kepada cadangan untuk adakan perlawanan persahabatan antarabangsa,” katanya. 

Berikut senarai 46 pemain dipanggil bagi mengikuti sesi latihan serta pemilihan pasukan senior lelaki kebangsaan yang akan bermula 19 Mac ini:

NONAMAPOSISIUMUR
 Muhammad Hafizuddin OthmanPenjaga gol32
 Muhamad Zaimi Mat DerisPenjaga gol27
 Adrian Andy AlbertPenjaga gol27
 Mohamad Rafaizul Mohamad SaniPenjaga gol21
 Che Shahrul Azmi Che SaufiPenjaga gol23
 Muhammad Danish Afnan Mohd FaizalPenjaga gol21
 Muhammad Faris HarizanPertahanan22
 Syarman Mat TeePertahanan23
 Andywalfian JeffrynusPertahanan19
 Muhammad Arif Syafie IshakPertahanan24
 Muhammad Firdaus OmarPertahanan28
 Luqman Nul Hakim Ahmad ShukranPertahanan27
 Syed Mohamad Syafiq Syed CholanPertahanan29
 Muhammad Amirul Hamizan AzaharPertahanan24
 Muhammad Najib Abu HassanPertahanan29
 Muhammad Marhan JalilPertahanan34
 Muhamad Kamarulzaman KamaruddinPertahanan24
 Perabu TangarajaPertahanan21
 Mohd Fitri SaariTengah31
 Abdul Khaliq HamirinTengah27
 Mughni Mohamad KamalTengah22
 Nik Muhammad Aiman Nik RozemiTengah27
 Muhamad Izham AzharTengah25
 Alfarico Lance Liau JrTengah22
 Muhammad Nursyahmi ZulkifliTengah25
 Muhammad Syawal Abd RazakTengah23
 Muhammad Adam Ashraf Mohd JohariTengah18
 Muhammad Saifuddin AzliTengah24
 Mohamad Khairil Hakimi ZainolTengah18
 Faizal SaariPenyerang33
 Mohamad Akhimullahanuar EsookPenyerang24
 Shello SilveriusPenyerang25
 Muhammad Danish Aiman Khairul AnuarPenyerang20
 Muhammad Azrai Aizad Abu KamalPenyerang25
 Norsyafiq SumantriPenyerang27
 Muhajir Abdu RaufPenyerang24
 Shafiq Ikhmal Daniel SuzainiPenyerang20
 Muhammad Amirul Haniff MamatPenyerang21
 Azimuddin Syakir KamaruddinPenyerang19
 Naaveennash Panicker S ThevendranPENYERANG19
 Mohammad Harris Iskandar OsmanPenyerang20
 Sriraam VikneswaranPenyerang20
 Nur Rahull Hrsikesa Thaitchana MuruthiPenyerang26
 Muhammad Muhibuddin MoharamPenyerang24
 Tengku Nasrul Ikmal Bin Tengku Abd RahimPenyerang23
 Eswaran GeorgePenyerang18

BERITA LAIN

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha