ARTIKEL

Sasar kadar kitar semula lebih tinggi, pulihara alam sekitar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Lo Khere Chiang (tujuh kanan) menyampaikan hadiah kepada salah seorang pemenang sempena Program Pengasingan dan Kitar Semula Sisa Pepejal Bersama di SJK Chung Hua Pangkalan Baru di sini, hari ini. Turut kelihatan Dayang Sherrynazra Awang Sharkawi (enam kiri).

KUCHING: Pelbagai kaedah perlu dilakukan demi mencapai kesejahteraan alam sekitar termasuk menyasarkan kadar kitar semula yang lebih tinggi daripada yang sudah dilakukan sekarang.

Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan (MPP) Lo Khere Chiang berkata, ia termasuk menggalakkan golongan muda khususnya pelajar menjadikan budaya kitar semula dan pengurusan sisa pepejal dalam kehidupan seharian.

“Untuk mencapai tahap kadar kitar semula yang lebih tinggi, kita harus mengubah minda dan tabiat harian dalam pengurusan sisa pepejal serta mengamalkan budaya kitar semula.

Lo Khere Chiang merakam kenangan bersama-sama warga sekolah sempena sempena Program Pengasingan dan Kitar Semula Sisa Pepejal Bersama di SJK Chung Hua Pangkalan Baru di sini, hari ini.

“Amalan kitar semula dan menjaga kebersihan terutamanya kawasan kediaman kita hendaklah bermula daripada diri sendiri sama ada di rumah mahupun di sekolah.

“Ia penting bagi meningkatkan kesedaran serta mengingatkan mereka tentang tanggungjawab yang perlu dipikul sebagai anggota masyarakat dalam memelihara kesejahteraan alam sekitar,” katanya.

Adun Batu Kitang itu berkata demikian pada Majlis Penyampaian Hadiah sempena Program Pengasingan dan Kitar Semula Sisa Pepejal Bersama di SJK Chung Hua Pangkalan Baru di sini, hari ini.

“Amalan kitar semula juga harus dilakukan bukan semata-mata untuk mengaut keuntungan, tetapi didorong oleh keinginan untuk menjaga alam sekitar dan memelihara sumber-sumber alam semula jadi.

“Bahkan MPP turut sedia maklum bahawa isu pengurusan sisa pepejal dan pemuliharaan alam sekitar bukanlah perkara yang baharu, malah kita sentiasa membawa isu ini sebagai agenda utama dalam mesyuarat-mesyuarat majlis,” tegasnya.

Mengulas mengenai program tersebut, katanya ia merupakan salah satu inisiatif kerjasama antara agensi kerajaan dan Trienekens (Sarawak) Sdn.Bhd. bagi meningkatkan kesedaran para pelajar dan komuniti sekolah tentang kesan pembuangan sisa plastik secara tidak wajar terhadap kesihatan manusia dan alam sekitar.

Antara pengisian program termasuk aktiviti seperti ceramah, kutipan bahan kitar semula tahunan, pertandingan mewarna, pertandingan ekofesyen, pertandingan perlumbaan Amazing Green, pertandingan inovasi dan majlis penyampaian hadiah.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU