ARTIKEL

Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah dalam ucapan penggulungan kementeriannya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, hari ini | Foto: Ghazali Bujang

Satu Daerah, Satu Kompleks Sukan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kementerian Belia, Sukan dan Seni Persembahan Sarawak mencapai kira-kira 67 peratus sasaran bagi inisiatif ‘satu daerah, satu kompleks sukan’.

Menterinya Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, sebanyak 30 daripada 45 daerah di Sarawak kini dilengkapi sekurang-kurangnya sebuah kompleks sukan bagi menyokong aktiviti komuniti dan pembangunan sukan.

Jelas Karim, kementeriannya kekal komited meneruskan inisiatif itu bagi memastikan akses kemudahan sukan yang lebih seimbang di seluruh Sarawak.

“Apabila siap kelak, ia dijangka dapat melibatkan komuniti setempat serta kawasan sekitarnya ke arah menyumbang kepada produktiviti sosial dan ekonomi Sarawak,” katanya dalam ucapan penggulungan kementeriannya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, hari ini.

Menjelas lanjut kata Karim, sasaran inisiatif ‘satu daerah, satu kompleks sukan’ ini juga termasuk dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).

Katanya ia dilaksanakan dengan kerjasama strategik agensi pembangunan wilayah seperti Agensi Pembangunan Delta Rajang (RADDA), Agensi Pembangunan Sri Aman (SADA), Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA) dan Agensi Penyelarasan Pembangunan Greater Kuching (GKCDA).

Manakala kata Abdul Karim, Agensi Pembangunan Wilayah Tengah Rajang (MiRRDA) merancang membangunkan lebih banyak kompleks sukan di daerah lain.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU