KUCHING: Dua orang wanita di Miri tekedu apabila wang simpanan mereka lesap selepas ditipu sindiket penipuan penyamaran melalui panggilan telefon dalam dua kes berasingan.
Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata, kes pertama membabitkan seorang kerani berumur 62 tahun membabitkan kerugian sebanyak RM496,962.
Menurutnya, mangsa menerima satu panggilan daripada individu tidak dikenali pada 17 April lalu yang memperkenalkan diri daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
“Mangsa hanya menyedari telah ditipu setelah semakan dengan pihak bank terdapat 31 transaksi pemindahan wang keluar di antara tarikh 18 April hingga 5 Mei dari akaun bank miliknya ke akaun bank atas nama individu tidak dikenali,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Sementara itu, Mohd Azman berkata, kes kedua pula membabitkan seorang kerani berumur 59 tahun yang menanggung kerugian sebanyak RM149,892.
Katanya, kejadian berlaku pada semalam apabila menerima mesej dan panggilan dari nombor yang tidak dikenali yang memperkenalkan diri daripada Bank Negara Malaysia (BNM).
Beliau berkata, suspek mendakwa mangsa ada transaksi penggunan wang yang meragukan kepada akaun bank lain.
Untuk berita terperinci, sila dapatkan daripada e-paper atau akhbar Suara Sarawak di pasaran.



