ARTIKEL

BERCAKAP... Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sarawak, Dr Azizul Ismail.

SDPK 2026 wadah perkasa semangat patriotisme

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Penganjuran Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan (SDPK) Peringkat Kebangsaan Ke-40 2026 menjadi wadah berkesan untuk memperkasa semangat patriotisme dalam kalangan rakyat menerusi penghayatan dan pengucapan puisi.

BERCAKAP… Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sarawak, Dr Azizul Ismail.

Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sarawak, Dr Azizul Ismail berkata, usaha itu turut menyemarakkan Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Bulan Bahasa Kebangsaan setiap tahun menerusi seni pengucapan puisi.

“Penganjuran ini bukan sahaja bertujuan mencari pemenang, tetapi meningkatkan semangat patriotisme khususnya sempena bulan kemerdekaan tidak lama lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena program SDPK Peringkat Kebangsaan Ke-40 2026 di Bilik Mesyuarat DBP, di sini, hari ini.

Dalam perkembangan sama, sayembara peringkat negeri telah dilaksanakan bermula 1 Julai hingga 4 Ogos 2026.

Seramai 17 peserta dari seluruh negara akan merebut gelaran johan pada pertandingan yang berlangsung di Hotel Theatre, esok.

“Semua peserta yang bertanding di peringkat kebangsaan akan mendeklamasikan puisi daripada teks Antologi Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan Sekolah-Sekolah Menengah: Atma Berdaulat terbitan GAPENA 2026,” katanya.

Johan pertandingan akan membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000, piala pusingan SDPK Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Trofi Johan SDPK, hadiah iringan dan watikah penghargaan.

Naib johan dan tempat ketiga masing-masing menerima wang tunai RM3,000 dan RM2,000 serta trofi, hadiah iringan dan watikah penghargaan.

Tempat keempat hingga keenam pula menerima wang tunai RM500 serta hadiah iringan dan watikah penghargaan.

Peserta yang berjaya ke peringkat akhir tetapi tidak menduduki tempat pertama hingga keenam akan menerima sagu hati RM300, hadiah iringan dan watikah penghargaan.

Majlis Makan Malam dan Penyampaian Hadiah SDPK Kebangsaan Ke-40 2026 akan diadakan pada 15 Ogos, jam 6.30 petang di Hotel Pullman.

Program itu dijangka dirasmikan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium