KUCHING: Sebuah rumah di Kampung Beradik Hilir, di sini musnah dalam kebakaran hari ini.
Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian kira-kira jam 8.07 pagi dan dimaklumkan oleh pemanggil bahawa rumah berkenaan hampir 100 peratus terbakar.
Katanya, enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) dikerahkan ke lokasi kejadian dan menggunakan bot ke lokasi.

“Setibanya Pusat Keluaran Operasi (PKO) di lokasi, didapati sebuah rumah jenis separuh kekal telah musnah terbakar 100 peratus.
“Pasukan bomba bertindak memadamkan sisa dan bara api yang masih tertinggal dan memastikan tiada lagi punca nyalaan semula,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata, rumah berkenaan dimiliki seorang lelaki berumur 60 tahun.

Katanya, tiada kemalangan jiwa yang berlaku dalam kebakaran tersebut.
“Setelah memastikan keadaan selamat dan terkawal, PKO bertolak balik ke balai,” katanya.


