ARTIKEL

SeDidik inklusif, terima pelajar berkeperluan khas

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

𝐊𝐔𝐂𝐇𝐈𝐍𝐆: Sebanyak 45 peratus guru dan kanak-kanak di bawah jagaan SeDidik di Sarawak telah mempelajari bahasa isyarat bermula dengan nyanyian lagu Negaraku dan Ibu Pertiwiku setakat ini.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata, inisiatif tersebut adalah selari dengan polisi baharu dalam bidang pendidikan sejak 2020.

“Sehingga kini, sebanyak 18 pusat SeDidik telah mempunyai program inklusif.

“Bahkan, sehingga 30 April lalu, 17 daripada 98 Tadika SeDidik telah mempunyai sejumlah 27 kanak-kanak berkeperluan khas.
 
“Ini kerana sebelum ini, SeDidik tidak mengambil kanak-kanak berkeperluan khas kerana tiada pendidik terlatih dan kekurangan prasarana yang sesuai,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Majlis Penyerahan Tugas Pemangku Pengurus Besar Kepada Pengurus Besar SeDidik Baharu, di sini, hari ini.

Dalam pada itu katanya, setelah Sarawak mengambil alih SeDidik sejak 22 Julai lalu, sebanyak 98 pusat beroperasi dengan sejumlah 2,428 kanak-kanak dari 2,289 keluarga serta melibatkan 274 pendidik.

Sementara itu kata Fatimah, sejajar polisi baharu, kementeriannya bersama SeDidik mengenal pasti rakan strategik iaitu Pusat Genius Kurnia, Pusat Intervensi Awal Sehenti (OSEIC) Sarawak dan Persekutuan Orang Pekak Malaysia.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU