ARTIKEL

SIMBOLIK… Dr. Sim menyempurnakan gimik perasmian Karnival Kebajikan Majlis Kebajikan Masyarakat Sarawak (SWCS) di Kuching, hari ini.

Sekitar 700 pesakit baharu perlu dialisis setiap tahun – Dr. Sim

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Penggunaan alat pemantauan glukosa secara berterusan (CGM) dicadangkan sebagai pendekatan pendidikan kesihatan bagi membantu masyarakat memahami kesan pengambilan makanan terhadap paras gula dalam darah, sekali gus meningkatkan kesedaran mengenai pencegahan diabetes.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian berkata, beliau mencadangkan kepada Datuk Bandar supaya satu program menggunakan teknologi berkenaan dipertimbangkan bagi membolehkan orang ramai memantau perubahan paras gula dalam darah sepanjang hari.

“Pemantauan itu boleh dilakukan dalam tempoh tertentu, termasuk selama dua minggu, bagi membantu individu mengenal pasti makanan yang menyebabkan peningkatan paras gula dalam darah,” katanya pada Karnival Kebajikan Majlis Kebajikan Sosial Sarawak (SWCS) di sini, hari ini.

Beliau berkata, seseorang mungkin menganggap dirinya sudah mengamalkan pemakanan sihat atau tidak mengambil makanan secara berlebihan, namun pemantauan glukosa boleh memberikan gambaran lebih jelas mengenai tindak balas tubuh terhadap makanan tertentu.

Menurutnya, penggunaan teknologi dalam pendidikan kesihatan penting bagi meningkatkan kefahaman masyarakat mengenai keadaan tubuh masing-masing, selain menggalakkan amalan pemakanan dan gaya hidup lebih sihat.

CENDERAHATI… Dr. Sim menerima cenderahati daripada Lucas.

Beliau berkata, diabetes antara cabaran kesihatan utama yang perlu diberi perhatian, dengan kira-kira seorang daripada lima individu menghidap penyakit berkenaan berdasarkan angka yang dirujuknya.

“Sekitar 700 pesakit baharu turut memerlukan rawatan dialisis setiap tahun, manakala sebahagian besar pesakit yang menjalani rawatan tersebut mempunyai masalah berkaitan diabetes,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menekankan kepentingan pendidikan kesihatan dan langkah pencegahan supaya masyarakat tidak hanya mendapatkan rawatan apabila penyakit sudah menjadi serius.

Dalam perkembangan berkaitan, Dr. Sim berkata, masalah obesiti juga perlu diberi perhatian sebagai sebahagian daripada cabaran kebajikan sosial kerana keadaan itu boleh menjejaskan keupayaan seseorang untuk bergerak dan menjalani aktiviti harian.

Menurutnya, individu yang mengalami obesiti serius mungkin memerlukan sokongan seperti fisioterapi, terapi pemakanan, perubahan gaya hidup serta bantuan emosi dan sosial.

Beliau turut mencadangkan supaya persatuan kebajikan mempertimbangkan penubuhan kumpulan sokongan khusus bagi membantu golongan yang mengalami masalah berat badan berlebihan.

Selain itu, beliau mencadangkan supaya penganjuran karnival kebajikan dipertimbangkan sempena Hari Sarawak pada 22 Julai sebagai platform menggalakkan kesukarelawanan dan penglibatan masyarakat dalam aktiviti kebajikan.

Menurutnya, penganjuran aktiviti sedemikian dapat memberikan makna lebih mendalam kepada sambutan Hari Sarawak, selain memperkukuh semangat kebersamaan dan tanggungjawab sosial.

BERITA LAIN

400 orang himpun di Ibu Pejabat Pengakap Sarawak

KUCHING: Kira-kira 400 orang terdiri daripada ahli Pengakap, pemimpin Pengakap, pesuruhjaya, sukarelawan, guru dan ibu bapa berhimpun di Ibu Pejabat Pengakap Sarawak di Batu Lintang,

BERITA TERBARU

400 orang himpun di Ibu Pejabat Pengakap Sarawak

KUCHING: Kira-kira 400 orang terdiri daripada ahli Pengakap, pemimpin Pengakap, pesuruhjaya, sukarelawan, guru dan ibu bapa berhimpun di Ibu Pejabat Pengakap Sarawak di Batu Lintang,