ARTIKEL

Kredit: Bernama

Sekolah di Bawah Seliaan PPD Serian, Sri Aman dan Lubok Antu ditutup sementara


Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Semua sekolah rendah dan menengah di bawah seliaan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Serian, Sri Aman dan Lubok Antu ditutup sementara esok susulan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) tidak sihat.

Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sarawak dalam kenyataan hari ini memaklumkan, keputusan itu dibuat berdasarkan pemantauan berterusan bacaan IPU setakat 2 petang, hari ini (13 Oktober), serta laporan Jabatan Meteorologi Malaysia.

Sehubungan itu, Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) akan dilaksanakan sepanjang tempoh penutupan sekolah, manakala guru dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) dibenarkan bekerja dari rumah (BDR).

Menurut JPN Sarawak, bagi sekolah berhampiran daerah yang merekodkan bacaan IPU melebihi 150, guru besar dan pengetua boleh mempertimbangkan pelaksanaan PdPR dengan mengambil kira faktor kesihatan dan keselamatan murid.

“Sekiranya bacaan IPU menunjukkan trend penurunan kepada bawah 150, pihak sekolah boleh mengambil tindakan bagi persediaan pembukaan semula sekolah.

“Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK), peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Ujian Penilaian Dual Language Programme Sarawak Tahun 6 (UP-DLPS 6) akan diteruskan mengikut jadual ditetapkan,” katanya.

Maklumat lanjut berkaitan pelaksanaan pentaksiran dan peperiksaan berkenaan boleh dirujuk menerusi laman Facebook rasmi JPN Sarawak.

JPN Sarawak turut menasihatkan semua institusi pendidikan di bawah seliaannya supaya sentiasa memantau bacaan IPU melalui Portal Rasmi Jabatan Alam Sekitar, iaitu Air Pollutant Index Management System (APIMS),

Selain itu, hendaklah mematuhi saranan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi memastikan kesihatan dan keselamatan murid serta warga institusi pendidikan terpelihara.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium