ARTIKEL

Gambar Hiasan

Sekurang-kurangnya 20 maut, tiga cedera selepas gempa bumi 7.4 landa Columbia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BOGOTA: Sekurang-kurangnya 20 orang terbunuh dalam gempa bumi berukuran 7.4 pada skala Richter yang menggegarkan barat Columbia pada Isnin, menurut pihak berkuasa, lapor Xinhua.

Di Pereira, sekurang-kurangnya 18 orang maut, kata Datuk Bandar Pereira, Mauricio Salazar, dalam temu bual dengan Caracol Radio.

Sementara itu, dua orang terbunuh dan tiga lagi cedera di dua bandar di wilayah Valle del Cauca di barat daya negara itu, menurut Setiausaha Kesihatan wilayah berkenaan, Maria Cristina Lesmes.

Beliau turut memaklumkan bahawa sebuah bangunan sekolah runtuh di sebuah komuniti lain.

Di Cali, ibu negeri Valle del Cauca, kerosakan struktur kecil dilaporkan berlaku di beberapa kemudahan, termasuk sebuah hospital.

Gempa bumi itu turut menjejaskan operasi di beberapa lapangan terbang di barat Columbia. Penerbangan digantung sebagai langkah berjaga-jaga sementara pihak berkuasa menilai kemungkinan kerosakan struktur. — Bernama

BERITA LAIN

Trump siarkan video lelaki maut akibat harimau

WASHINGTON: Presiden AS Donald Trump memuat naik rakaman yang mengemparkan di akaun Truth Social beliau pada Selasa, memaparkan seorang lelaki di Britain yang maut dibaham

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat