ARTIKEL

Selamat datang Ramadan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BEB SABARIAH

BEB SABARIAH

Selamat datang Ramadan

unggulmu begitu dinanti

membias alpa sebelas purnama silam

di mana sering

kita hanyut dalam leka

karam tenggelam

dalam bongkak

dalam yakin melakar pada tuntutan

duniawi semata.

Ramadan datang kini

kita kutip semula taqwa yang tercicir

di pekarangan rasa mengimbau selesa

selama ini menghakis iman.

Ramadan kini menjengah

kita mengadah

menghayati al mubarak

reda dalam pasrah

mengaut keberuntungan

mengabadikan diri

meresapi keberkatan

dalam hadirnya

Bulan Dari Seribu Bulan

Selamat Datang Ramadan.

BERITA LAIN

PEJUANG NAFKAH

Dia tidak pernah ambil tahu jika wang di saku sering berbaki cukup-cukup nyawa. Dia tidak pernah peduli kalau ringgit makin mengukuh merujuk ungkapan orang ekonomi.

GELANDANGAN

Melintasi kedai serba ada kulihаt dia berbaring santai menyesak ruang masуk ke pintu kedai pelanggan lalu-lalang memandang sinis menutup hidung. Kita ini miskin atau kaya

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha