KUCHING: Hari ini menjadi detik manis buat jurufoto Suara Sarawak dan Sarawak Tribune, Mohd Alif Noni, apabila beliau menamatkan zaman bujangnya bersama suri pilihan hati, Nor Atika Ahmad, sebentar tadi.

Mohd Alif dan isteri, yang berpakaian sedondon warna keemasan, duduk di atas pelamin yang indah.
Istimewanya, hari bagi majlis persandingan mereka juga merupakan hari lahir ke-31 pengantin perempuan.
Majlis diadakan di Dewan Rekreasi Bimajaya Bintawa Hilir di sini.
Ia turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif Suara Sarawak dan Sarawak Tribune, Datuk Dr Jeniri Amir, Editor Eksekutif Suara Sarawak, Rohana Wahed, serta wartawan kanan dan wartawan kedua-dua agensi selain jurufoto agensi nasional.
Selamat pengantin baharu buat Mohd Alif dan isteri.
Warga Sarawak Suara dan Sarawak Tribune mengucapkan semoga bahagia hingga ke Jannah.


