ARTIKEL

Selamat tinggal pelekat cukai jalan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pemilik kenderaan persendirian tidak lagi perlu mempamerkan cukai jalan di kenderaan masing-masing secara fizikal bermula hari ini.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, rakyat kini boleh menggunakan mod paparan LKM Digital (e-LKM) dan LMM digital (e-LMM) menerusi langkah pendigitalan dalam perkhidmatan teras Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

“Inisiatif itu dilaksanakan secara berperingkat dengan fasa pertama melibatkan kenderaan persendirian individu termasuk motosikal bagi rakyat Malaysia.

“Bagi pemandu yang belum bersedia, anda masih boleh mengekalkan amalan memapar pelekat LKM di kenderaan masing-masing,” katanya pada sidang media di Putrajaya, hari ini.

Menurutnya,inisiatif ini juga bertujuan mengatasi isu pelekat LKM yang kerap rosak dan bermasalah sebelum ini.

“Usaha itu selaras peruntukan bawah Seksyen 20 Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) yang mewajibkan LKM dilekatkan dan dipamerkan pada kenderaan tidak lagi akan dikuatkuasakan.

“Orang awam boleh mendaftar akaun masing-masing secara digital melalui portal awam JPJ atau aplikasi mobile MyJPJ menerusi App Store, Play Store dan Huawei App Gallery,” jelasnya.

Inisiatif itu membolehkan Kementerian Pengangkutan menjimatkan kos sekitar RM96 juta setahun, penjimatan tersebut akan digunakan JPJ dalam memberi fokus kepada pendigitalan sistem bagi menyelesaikan isu orang ramai terpaksa beratur panjang dan menunggu lama di kaunter ketika berurusan.

Sejak tahun lalu, pelekat cukai jalan menjadi perhatian orang ramai kerana didakwa tidak berkualiti, cepat rosak dan tidak tahan lama sekiranya ditanggalkan. Ia juga menjadi kabur dan kurang jelas sebelum cukai jalan itu tamat manakala sisa gam melekat pada cermin kereta apabila ditanggalkan.

Isu beratur panjang di pejabat JPJ juga tidak berkesudahan sejak sekian lama meskipun era digitalisasi pejabat kerajaan sudah lama berlangsung.

BERITA LAIN

280 individu sertai Larian Amal Rakyat 2.0

KUCHING: Seramai 280 individu telah menyertai program Larian Amal Rakyat 2.0 yang berlangsung semalam. Program larian tersebut anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Sekolah

BERITA TERBARU