ARTIKEL

Selangor FC benam Kuching City 5-0

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kuching City FC (KC FC) terpaksa akur dengan kekuatan Selangor FC selepas kalah 5-0 dalam aksi saingan Liga Super 2023 di Stadium Negeri, Petra Jaya, malam ini.

Pasukan Selangor dibarisi pemain berpengalaman termasuk dua pemain kebangsaan iaitu, Brendan Gan dan Faizal Halim sekali gus menguatkan barisan kesebelasan utama menentang tuan rumah.

Aksi perlawanan Kuching City FC (putih) menentang Selangor FC di Stadium Negeri Petra Jaya. Foto: Mohd Alif Noni

Pasukan kendalian Tan Cheng Hoe Gol membuka jaringan pertama hasil tolakan mudah Noor Al-Deen Mahmoud Ali Al Rawabdeh pada minit ke-4 selepas menerima hantaran daripada Ayron Rodriguez dari bahagian sisi kiri gawang.

Percubaan KC FC untuk menyamakan kedudukan gagal diterjemahkan dalam jaringan selepas rembatan kencang kapten pasukan, Adam Shreen minit ke-5 terkena tiang gol sebelah kiri lawan.

Aksi perlawanan Kuching City FC (putih) menentang Selangor FC di Stadium Negeri Petra Jaya. Foto: Mohd Alif Noni

Ayron sekali lagi menjadi pemusnah gawang tuan rumah dengan menjaringkan gol kedua pada minit ke-9.

Aksi perlawanan Kuching City FC (putih) menentang Selangor FC di Stadium Negeri Petra Jaya. Foto: Mohd Alif Noni

Selangor pula nyaris menambah jaringan menerusi rembatan dari luar kotak penalti oleh pemain kebangsaan, Faisal Halim pada minit ke-19 namun percubaannya berjaya digagalkan oleh Norazlan Razali yang bertindak menepis keluar bola terbabit.

Aksi perlawanan Kuching City FC (putih) menentang Selangor FC di Stadium Negeri Petra Jaya. Foto: Mohd Alif Noni

Sementara itu, KC FC bertindak melakukan pertukaran pertama pemain dalam perlawanan minit ke-31 dengan memasukkan pemain tengah, Hidhir Idris bagi menggantikan Amirul Shafik Che Soh.

Mahmoud Ali pula menambah derita tuan rumah selepas sekali lagi berjaya meledak jaringan pada minit ke-48 berpunca daripada kesilapan pertahanan KC FC yang hilang bola di bahagian tengah padang.

Aksi perlawanan Kuching City FC (putih) menentang Selangor FC di Stadium Negeri Petra Jaya. Foto: Mohd Alif Noni

Usaha KC FC mencari gol tunggal sebaliknya terkandas apabila bekas pemain kebangsaan dan juga kapten pasukan, Brendan Gan menambah jaringan keempat minit ke-65.

Gol kelima Selangor seterusnya dijaringkan oleh pemain gantian, Ahmad Danial Ahmad Asri pada minit ke-73 sekali gus menjadi gol terakhir perlawanan sebelum masa kedua perlawanan ditamatkan.

BERITA LAIN

Budayakan sukan demi Visi 2030

MUKAH: Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Bahagian Mukah menjadi platform menggalakkan masyarakat menjadikan aktiviti sukan dan rekreasi sebagai sebahagian daripada gaya hidup sihat. Pegawai Belia

BERITA TERBARU