ARTIKEL

Pemain Negeri Sembilan FC Muhammad Amirul Adli Azmi (kanan) melepasi asakan pemain Selangor FC pada perlawanan Piala Malaysia di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi.

Selangor FC selangkah ke separuh akhir Piala Malaysia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SEREMBAN: Selangor FC membawa bekalan tipis ke Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya pada 14 Februari ini selepas menewaskan Negeri Sembilan FC (NSFC) 1-0 pada aksi suku akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi malam ini.

Skuad kendalian ketua jurulatih Kim Pan Gon itu memperoleh gol tunggal perlawanan menerusi sepakan penalti Chrigor Moraes pada masa tambahan separuh masa kedua selepas beliau dijatuhkan pemain tuan rumah Muhammad Harith Samsuri.

Terdahulu, Moraes hampir meletakkan Selangor di depan pada minit ke-76 namun jaringan hasil rembatan dari depan pintu gol itu tidak disahkan selepas semakan Video Bantuan Pengadil (VAR).

Pan Gon kemudiannya dilayangkan kad kuning kerana memprotes keputusan pengadil di luar padang.

Pasukan tuan rumah juga hampir memecah kebuntuan pada minit ke-80 menerusi sepakan percuma pemain import Jovan Motika namun percubaannya gagal menemui sasaran.

Aksi babak pertama menyaksikan kedua-dua pasukan memperoleh peluang terbaik untuk menjaringkan gol tetapi percubaan kapten pasukan Selangor Mohamad Faisal Abdul Halim dipatahkan benteng pertahanan NSFC pada minit ke-29.

Skuad Jang juga hampir membuka jaringan pada minit ke-39 apabila sepakan percuma pemain import Aday Ali Abdulraheem Kharroub yang ditanduk Joseph Esso tersasar.

Empat minit kemudian, Selangor hampir menjaringkan gol menerusi situasi satu lawan satu Alvin Mateus Fortes dengan penjaga gol tuan rumah tetapi percubaannya hanya melepasi palang gol.– BERNAMA

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU

Chip semikonduktor ngaga meter karan

KUCHING: SMD Semiconductor deka nanggam kerejasama enggau siti kompeni ari China dikena ngadu langkar tengkebang chip semikonduktor Sarawak dikena ngaga meter karan. Premier Sarawak, Datuk

Projek jematan Sarawak diaku

KUALA LUMPUR: Jematan Muara Lassa di Bagi Menua Mukah nurai pemujur ngemegah ati pengudah Opis Kereja Raya (JKR) Sarawak menang kategori projek besai lebuh Road