Trending

Selaut Kasih segunung harapan hari lebaran

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

Siluet kasih di mata ibu

menyantuni anak-anak bak susun tangga

riuh telatah mengenakan baju baru

dakap erat cium tangan bersalaman

dan tertib menghadap hidangan.

Berdiri di ambang pintu

tangan kedut kecut berpaut

pada pagar setia

mata melorot ke hujung simpang

kereta masuk perlahan

menguntum senyum ibu

raksi bahagia semerbak

meratap di segenap ruang

teratak warisan.

Ibu mencari wajah along dan acik

‘giliran di sana pulak bu’

pujuk angah dan usu

ibu hanya mengangguk bisu.

Doa ibu masih tertunda makbul

ingin anak-anak semua berkumpul

di pagi Syawal

seperti dahulu.

Kibarkan Panji Syawal

Merintangi jalur Syawal permai

berbunga rimbunan ukhuwah

gemersik takbir berkumandang

harum semerbak persaudaraan

menjunjung warisan budi

mekar di laman sanubari.

Titipkan doa pada yang pergi

agar dirahmati Yang Maha Esa

suburkan ziarah dan barakah

tatang pekerti mulia

buru maghfirah dan keinsafan

lestari di ufuk nurani.

MUSTAFFA SIRAJ

Batu Pahat, Johorf

JERRAH AMIRAH

Miri, Sarawak

19 April 2023

Hamparan Ilmu Buatmu 

(Dedikasi sempena Hari Guru)

Embun peluh menitik di dahi

diselebungi bayu ilmu bertiup dingin

mengingatkan kembali penat lelah

si pendidik melafazkan kata-kata

demi anak didik menelaah

sedikit demi sedikit bait kata dimamah.

Masa depan dikejar gagah

bukan miliknya namun tidak lelah

hari-hari menghempas tubuh 

di persada

menghamparkan hamparan ilmu buatmu

Biar kelak tidak terngadah

biar nanti tidak bertepi

janji itu pasti

tidak mengkhianati usaha murni

demi anak didik mencari identiti

sedikit demi sedikit sinarkan bersemi.

Guru -guru ibarat lilin

membakar diri menerangi generasi

yang alpa dek kemajuan organisasi

media sosial penebat diri

kemasyhuran dan populariti

jangan dicari pasti nanti

melabuhkan jong yang 

membelah badai

menuju kejayaan terhempas di pesisir pantai.

Nasihat itu jadikan pakaian

sarungkan pada tubuh goyah

agar tidak malu dimalukan

demi sebuah perjuangan abadi

mencari impian dan cita

hidupmu jua kan bahagia

hanya senyum dapat menyapa

hanya doa mampu tercipta

hanya kata dan hilai tawa

untuk anak -anak bangsa

dariku hanya itu 

hamparan ilmu buatmu.

Selamat hari guru.

RAFIZI ISHA

Melaka

Mei 2023

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Sanggar Puisi

Airul Affendi Ali September 2023 Puchong, Selangor. PANTUN RAKYAT NEGERI

ANAK MERDEKA

MUSALMAH 31 OGOS 2023 Anak Merdeka saban hari, saban purnama

Demi Malaysia

Kita bertiga dalam genggaman setiaberdiri di bawah satu benderadan sebuah

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru