ARTIKEL

Seludup syabu: Dua rakyat Malaysia ditahan di Thailand miliki rekod dadah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Dua daripada lima lelaki warga Malaysia yang ditahan pihak berkuasa Thailand kerana disyaki menyeludup 240 kilogram (kg) syabu, Rabu lepas, dikesan mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Hussein Omar Khan berkata lelaki berusia 37 dan 39 tahun yang berasal dari Kedah itu masing-masing memiliki tiga serta satu rekod lampau bersabit kesalahan narkotik.

“Tiga lelaki lain masing-masing berusia 34, 38 dan 40 tahun tidak mempunyai rekod kesalahan berkaitan dadah,” katanya ketika dihubungi.

Hussein berkata semakan mendapati kesemua lima lelaki terbabit memasuki Thailand melalui Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam, Kedah antara 24 Okt hingga 9 Nov lepas.

Beliau berkata pihaknya menerima maklumat berhubung tangkapan tersebut daripada Biro Pembanterasan Narkotik (NSB) Thailand yang melancarkan operasi bersama-sama Polis Metropolitan Division 7, Polis Diraja Thailand (RTP) dengan kerjasama tentera dan Pejabat Lembaga Kawalan Narkotik (ONCB) di empat lokasi.

Terdahulu, media melaporkan lima rakyat Malaysia dan dua wanita Thailand ditahan polis negara itu dalam operasi khas membanteras sindiket dadah di Prachuap Khiri Khan dan Bangkok.

Siasatan pihak berkuasa Thailand mendapati sindiket berkenaan dikendalikan oleh dalang di Malaysia, dengan suspek dijanjikan habuan antara 500,000 hingga satu juta baht (kira-kira RM61,000 hingga RM122,000) bagi setiap penghantaran yang berjaya. — Bernama

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Guru rugi lebih Rm700,000 ditipu “polis” palsu

BATU PAHAT: Seorang guru sekolah menengah di daerah ini kerugian  RM748,326.50 selepas menjadi mangsa sindiket penipuan panggilan telefon (phone scam) yang menyamar sebagai “pegawai polis Bukit Aman”. Ketua