ARTIKEL

Sarawak komited penuhi keperluan pelbagai komuniti agama

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sebanyak RM49.88 juta disalurkan kepada 224 rumah ibadat di seluruh Sarawak menerusi Fasa 2 Program Geran Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) 2026.

Timbalan Premier Datuk Amar Profesor Dr Sim Kui Hian berkata, peruntukan itu mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Sarawak dalam memenuhi keperluan pelbagai komuniti agama di negeri ini.

Dr Sim ketika mengadakan lawatan di gereja yang terlibat

“Institusi keagamaan memainkan peranan penting bukan sahaja dalam memberikan bimbingan kerohanian, malah turut memperkukuh nilai kemasyarakatan.

“Selain, turut menggalakkan kesejahteraan sosial dan memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang latar belakang.

“Melalui UNIFOR, Kerajaan Sarawak terus menyalurkan bantuan kepada rumah ibadat pelbagai agama bagi memastikan komuniti agama mempunyai kemudahan yang sesuai dan kondusif untuk menjalankan aktiviti serta berkhidmat kepada masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sementara, beliau berkesempatan mengadakan
lawatan di Gereja Seventh-day Adventist English Kuching dan BEM The Way, Jalan Kempas (Mandarin), diiringi Timbalan Pengarah UNIFOR, Caroline Chen Tze Yian.

Menerusi lawatan yang sama, Dr Sim berkesempatan bertemu wakil gereja bagi mendapatkan maklumat mengenai kemudahan sedia ada, keperluan penaiktarafan dan perancangan pembangunan yang sedang dilaksanakan.

Untuk rekod, Gereja Seventh-day Adventist English Kuching menerima bantuan UNIFOR berjumlah RM480,000 sejak beberapa tahun lalu, melibatkan RM100,000 pada 2021, RM250,000 pada 2023 dan peruntukan terbaharu RM130,000 pada 2026.

Pada masa sama, BEM The Way, Jalan Kempas (Mandarin) menerima bantuan keseluruhan RM450,000, dengan RM150,000 diperuntukkan masing-masing pada 2024, 2025 dan 2026.

Sementara, lawatan berkenaan mencerminkan pendekatan Kerajaan Sarawak untuk terus menjalinkan hubungan rapat dengan organisasi keagamaan dan memahami keperluan mereka.

Usaha tersebut selaras dengan tradisi saling menghormati, keterangkuman dan kehidupan bersama secara aman yang sekian lama diamalkan di Sarawak.

BERITA LAIN

GPS terbukti mampu jaga hak dan masa depan Sarawak

TEBEDU: Rakyat Sarawak perlu menilai rekod pencapaian dan keupayaan mentadbir, bukannya terpengaruh dengan janji manis parti pembangkang yang hanya muncul menjelang pilihan raya. Timbalan Premier

BERITA TERBARU